Friday, February 20, 2009

Politik Dan Sahabat

Sesetengah sahabat kata aku ni suka berpolitik..Secara jujur aku mengaku, aku mmg suka mengambil tahu dan menganalisis ttg segala yg berlaku mutakhir ini terutamanya isu politik..

Sesetengah sahabat kata aku ni x istiqamah (xtetap pendirian) sebab kadang2 aku menulis ttg muzik, fesyen n skrg byk menulis ttg politik..Aku hanya menulis apa yg tersirat dlm fikirin ku..aku hanya menterjemahkan pemikiran aku..

Sesetengah sahabat dh condemn (kutuk) blog aku habis-habisan disebabkan tulisan dan luahan aku berkenaan isu politik semasa...Aku menyampaikan apa yg berlaku dan inilah yg selalu dilakukan oleh blogger..

Sesetengah sahabat kata aku ni bukan indie tapi hanya menggunakan istilah ini untuk mempromosikan blog aku.. Satu persoalan, sahabat ini faham atau tidak maksud INDEPENDENT..Buka kamus..

Sesetengah sahabat sering mencari kesalahan-kesalahan sahabat lain dan ini adalah lumrah kehidupan.. Aku faham..Susah untuk memuaskan hati semua pihak.. Pembaca ramai namun segala tulisan dan idea hanya dtg dr pemilik blog yg satu..

Sahabat,
Aku selalu mengambilkira setiap teguran dan kritikan dan setelah beberapa hari aku berfikir dan berkira-kira, aku telah mengambil keputusan untuk mengasingkan segala tulisan politic thinking dari blog ini ke blog yg lagi satu di wordpress..

Sahabat,
Aku berterima kasih kepada sahabat yg selalu memberi respon ke atas segala tulisanku, membuktikan bahawa blog aku selalu dikunjungi..=)
Untuk memenangi hati semua sahabat, aku telah mengambil keputusan di atas..

Namun,
Aku ingin menyatakan di sini, setiap penulis blog berhak menulis dan mengutarakan apa saja idea mereka di blog mereka.. Tiada siapa yg boleh menentukan kandungan blog individu lain..
Tapi aku tetap mengambilkira teguran kalian..

Terima Kasih Sahabat..

3 comments:

xmamatx said...

baik, ini ialah blog kamu. sudah faham.

nah, kamu ambillah ya!




(sila baca dengan intonasi dalam drama arahan Yusoff Haslam)

Mr Bai said...

Tapi aku suka mamat khalid..ha3

xmamatx said...

dah aku kata, arahan Yusoff Haslam. jika tidak, intonasi tidak sama, semantik ayat tidak sampai kepada kamu.