Monday, March 15, 2010

Filem Kita


Filem cereka (cerita rekaan) lazimnya mengambil masa tayangan lebih kurang 90 minit dan kebanyakannya ditayangkan di pawagam atau dewan tertentu yang dapat memuatkan ramai penonton. Sejarah filem Malaysia (dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya) bermula seawal tahun 1920 di mana beberapa buah filem dokumentari telah diterbitkan. Namun sejarah filem cereka hanya bermula pada tahun 1933 di mana filem Laila Majnun berjaya diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical. Filem arahan pengarah dari India, BS Rajhans itu berdasarkan hikayat cinta dari timur tengah di mana pelakon bangsawan M. Suki memegang peranan sebagai Majnun. Sejak itu pembikinan filem cereka telah berkembang pesat dengan kemasukan penerbit bersaudara Shaw dari China. Kegiatan perfileman ketika itu berpusat di Singapura.
__________________________________________________