Saturday, October 01, 2011

Basikal Fixie (Fixie Bike) - Fenomena baru?

Pernahkah anda melihat sekumpulan remaja mengayuh basikal yang berwarna-warni (fancy) sejak belakangan ini? Basikal ini dikenali sebagai basikal fixie (fixie-bike).



Fixie merupakan nama yang timbul daripada perkataan “fixed-gear” kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Bermakna tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak. Oleh sebab ini basikal fixie tidak mempunyai brek dan untuk memberhentikan basikal ini haruslah menggunakan kaki bahkan ia boleh dikayuh mengundur.