Monday, March 15, 2010

Filem Kita


Filem cereka (cerita rekaan) lazimnya mengambil masa tayangan lebih kurang 90 minit dan kebanyakannya ditayangkan di pawagam atau dewan tertentu yang dapat memuatkan ramai penonton. Sejarah filem Malaysia (dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya) bermula seawal tahun 1920 di mana beberapa buah filem dokumentari telah diterbitkan. Namun sejarah filem cereka hanya bermula pada tahun 1933 di mana filem Laila Majnun berjaya diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical. Filem arahan pengarah dari India, BS Rajhans itu berdasarkan hikayat cinta dari timur tengah di mana pelakon bangsawan M. Suki memegang peranan sebagai Majnun. Sejak itu pembikinan filem cereka telah berkembang pesat dengan kemasukan penerbit bersaudara Shaw dari China. Kegiatan perfileman ketika itu berpusat di Singapura.
__________________________________________________



Industri filem di Malaysia semakin berkembang pesat. Namun dalam perkembangan ini, aku tertarik untuk berkongsi satu pendapat peribadi aku dengan pembaca sekalian. Aku rasa kebanyakan filem kita adalah tipikal dan lebih kurang sama dengan yang lain.. Setujukah anda?

Sebagai contoh filem yang baru ditayangkan iaitu V3-Samseng Jalanan. Filem ini mengisahkan masalah sosial yang timbul dalam kalangan remaja bergelar Mat Rempit. Initipati filem ini secara kasarnya tidak jauh berbeza dengan filem Remp-It, Bohsia dan bermacam filem sosial yang lain.. Lumba, gaduh, dan perempuan menjadi tunjang filem-filem begini. Persoalannnya mengapa masih dihasilkan filem yang seperti ini? Alasan filem ini dijadikan sebagai medium pengajaran kepada anak-anak muda negara ini amatlah tidak dipersetujui. Namun, filem ini mungkin mampu mencapai kutipan yang memberangsangkan memandangkan filem ini merupakan sebuah karya yang dekat dengan hati penonton terutamanya remaja. Ya..remaja. Hmm..teringat dengan adegan-adegan mencuit hati dalam filem Adnan Sempit.

Jika bercakap berdasarkan kutipan, aku amat tertarik dengan kenyataan Dr Rozmey (penerbit filem 2 Alam). Beliau mensasarkan kutipan RM12 juta untuk karya sulungnya itu. Satu angka besar yang sangat sukar untuk dicapai bagi penggiat filem Malaysia. Hakikatnya, pasaran kita tidak seluas Hollywood mahupun Bollywood. Pasaran di negara ini amat kecil jika dibandingkan dengan negara-negara luar seperti Hongkong, UK, USA, etc. Aku kagum dengan kenyataan Norman KRU yang mensasarkan kutipan sekitar RM5 juta bagi filem Hikayat Merong Mahawangsa (yang merupakan filem termahal pernah dihasilkan di negara ini). Kita kena realistik. Tak salah untuk berimpian tap biarlah impian kita itu boleh diterima logik akal. Walaubagaimanapun, tidak mustahil filem 2 Alam mampu mencapai sasarannya memandangkan penerbitnya (Dr Rozmey) seorang yang berpengaruh.

Bercakap mengenai Hikayat Merong Mahawangsa, aku tertarik dengan trailer filem ini yang aku tonton di laman YOUTUBE. Menakjubkan! Seiras filem-filem dari Hollywood. Filem ini menjadi salah satu filem yang termasuk dalam senarai filem-filem yang wajib aku tonton.

Satu perkataan yang aku boleh gambarkan tentang filem ini-BERANI. Ya..filem ini memang berani. Dengan belanja sekitar RM8 juta, filem ini menjadi filem terbaik pernah dihasilkan-pada pendapat peribadi aku. Dengan set, props, para pelakon, aksi, dan jalan ceritanya, aku yakin filem ini mampu menjangkau ke negara-negara luar. Seterusnya mengangkat martabat filem tanahair.

Manakala bagi filem aksi, aku tidak sabar untuk menunggu tayangan Evolusi KL Drift 2 yang mana aksinya amat mengkagumkan. Adegan Mazda RX7 terjunam dan meletup sudah cukup untuk merangsang adrenaline aku. Bagi yang menggemari filem aksi, anda harus menonton filem ini.

Satu lagi filem yang menarik perhatian aku ialah filem Misteri Jalan Lama oleh Afdlin Shauki. Filem bergenre fantasi horror ini merupakan filem pertama di luar kotak kebiasaan Afdlin-komedi. Harap filem ini benar-benar boleh membuktikan bahawa Afdlin Shauki bukanlah seorang pengkarya yang hanya tahu berkomedi semata-mata.

Hala tuju industri filem kita masih lagi jauh. Masih banyak yang perlu ditempuh. Apa yang penting ialah keberanian, kemahuan, dan kekreatifan para pengkarya untuk menghasilkan filem-filem yang lebih bermutu dan perlu diingat bahawa pembikinan filem adalah bukan sekadar untuk mendapatkan keuntungan tetapi sebagai satu kayu pengukur tahap kekreatifan dan kematangan seseorang pengkarya. Jangan hanya melihat kepada keuntungkan sedangkan filem yang dihasilkan langsung tiada nilai seni-ramai yang melabelkannya sebagai sampah.

Tepuk dada tanya selera.

No comments: