Monday, November 22, 2010

Kenali MLM (Multi Level Marketing)

Kenapa MLM adalah skim piramid? 
- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk
- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa membuat kerja atau istilah 'atas angin'.
- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Tuesday, November 09, 2010

Guns N' Roses - Patience

Salah satu lagu Band Guns N' Roses yang aku selalu layan..

Monday, November 01, 2010

HARAPAN DI HUJUNG SENJA


1.11.2010
Di penghujung senja itu dia berjalan mencari sebuah harapan. Harapan yang tidak pernah kunjung tiba. Hatinya hendak benar melontar sebuah keluhan tapi bimbang pula keluhan itu akan menjadi rutin hidupnya.

Friday, October 15, 2010

Muzik Untuk Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Muzik merupakan satu elemen yang boleh diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penyerapan elemen muzik, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai untuk pelbagai subjek. Contohnya subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, dan sebagainya. Setiap unsur muzik yang diserapkan perlu mempunyai hubungkait dengan subjek yang diajar.

Saturday, October 09, 2010

Melayu Oh Melayu


Salam Sejahtera..

Entri aku kali ini bukan berniat untuk jatuhkan bangsa sendiri tapi sekadar mengajak kalian untuk sama-sama berfikir..
Ayuh mulakan...

Friday, October 01, 2010

Pilihan Tempat Untuk Mengajar

Salam,

Chegu kne buat pilihan terbaik skrg ni.. Nk pilih tempat untuk mengajar (posting)..

Chegu diberi pilihan untuk pilih 3 negeri..

Tuesday, September 07, 2010

Selamat Hari Raya




Wednesday, September 01, 2010

Facebook Chatting Emoticons..

Salam..

Anda tahu tentang laman sosial bukan? Sebut sahaja myspace, facebook, friendster, tagged, twitter, hi5, semua orang sedia maklum dengan laman-laman ini.

Aku tak nak cerita pasal laman sosial tapi sekadar ingin berkongsi ilmu aku dengan kamu semua.

Kamu mesti biasa chatting di Facebook kan? Mesti ramai yang bosan dengan chatting kosong tanpa emoticon. Jadi, di sini aku senaraikan emoticon yang kamu boleh gunapakai untuk chatting di facebook. Berseronoklah!!

Tuesday, August 31, 2010

Hari Kebangsaan ke 53

Merdekakan diri, merdekakan minda, merdekakan jiwa..

Lihat sekeliling anda.. Benarkah Malaysia sudah merdeka?

Saturday, August 28, 2010

Jadual Kumpulan UEFA Champions League

Berdasarkan jadual, rasanya semua orang boleh beranggapan bahawa kelab-kelab utama bola sepak Eropah (Chelsea, Man UTD, Barcelona, Inter Milan, Arsenal, Bayern) boleh dianggap mempunyai laluan mudah untuk ke pusingan kedua.

Thursday, August 12, 2010

Isu Buang Bayi.. Siapa yang bersalah?


Sejak belakangan ini kes buang bayi makin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat kita. Namun di sebalik peningkatan gejala negatif ini, siapa yang harus dipersalahkan? Ramai yang beranggapan kes ini menular kerana perubahan sosial dan gaya hidup masyarakat Malaysia yang semakin keBaratan. Pergaulan bebas dan aktiviti-aktiviti sosial yang langsung tidak mencerminkan adat ketimuran dan gaya hidup seorang penganut agama ISLAM yang semakin berleluasa mungkin merupakan penyebab utama masalah ini berlaku. Jika direnung kembali, sedarkah kalian bahawa kita makin jauh dengan ISLAM.. Ya, makin JAUH DENGAN ISLAM.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan 1413H


Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Saturday, July 31, 2010

Guru Cemerlang: Tujuan Diwujudkan dan Kriteria Pemilihan


Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Wednesday, July 28, 2010

Alam baru, idea baru, imej baru..

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Pejam culik celik dah beberapa bulan x update (dengan izin dewan) blog buruk ni.. Al maklum la, makin busy (dengan izin dewan) dengan tanggungjawab baru sebagai guru pelatih (KPLI)..

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi