Thursday, December 30, 2010

SURAT DARI KUBUR

Amaran: Tidak digalakkan untuk dibaca oleh oleh mereka yang lemah semangat.

Monday, December 27, 2010

Internet Slang Word


Sedang kite melayari internet, chatting, SMS, dll, kadang-kadang kite sering terlihat beberapa huruf (akronim) yg melambangkan sesuatu ayat atau perkataan yg kite x faham.. Jadi, di bawah ini aku senaraikan beberapa akronim yg sering kite dpt jpe dlm dunia cyber ni..

Monday, November 22, 2010

Kenali MLM (Multi Level Marketing)

Kenapa MLM adalah skim piramid? 
- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk
- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa membuat kerja atau istilah 'atas angin'.
- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Tuesday, November 09, 2010

Guns N' Roses - Patience

Salah satu lagu Band Guns N' Roses yang aku selalu layan..

Monday, November 01, 2010

HARAPAN DI HUJUNG SENJA


1.11.2010
Di penghujung senja itu dia berjalan mencari sebuah harapan. Harapan yang tidak pernah kunjung tiba. Hatinya hendak benar melontar sebuah keluhan tapi bimbang pula keluhan itu akan menjadi rutin hidupnya.

Friday, October 15, 2010

Muzik Untuk Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Muzik merupakan satu elemen yang boleh diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penyerapan elemen muzik, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai untuk pelbagai subjek. Contohnya subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, dan sebagainya. Setiap unsur muzik yang diserapkan perlu mempunyai hubungkait dengan subjek yang diajar.

Saturday, October 09, 2010

Melayu Oh Melayu


Salam Sejahtera..

Entri aku kali ini bukan berniat untuk jatuhkan bangsa sendiri tapi sekadar mengajak kalian untuk sama-sama berfikir..
Ayuh mulakan...

Friday, October 01, 2010

Pilihan Tempat Untuk Mengajar

Salam,

Chegu kne buat pilihan terbaik skrg ni.. Nk pilih tempat untuk mengajar (posting)..

Chegu diberi pilihan untuk pilih 3 negeri..

Tuesday, September 07, 2010

Selamat Hari Raya




Wednesday, September 01, 2010

Facebook Chatting Emoticons..

Salam..

Anda tahu tentang laman sosial bukan? Sebut sahaja myspace, facebook, friendster, tagged, twitter, hi5, semua orang sedia maklum dengan laman-laman ini.

Aku tak nak cerita pasal laman sosial tapi sekadar ingin berkongsi ilmu aku dengan kamu semua.

Kamu mesti biasa chatting di Facebook kan? Mesti ramai yang bosan dengan chatting kosong tanpa emoticon. Jadi, di sini aku senaraikan emoticon yang kamu boleh gunapakai untuk chatting di facebook. Berseronoklah!!

Tuesday, August 31, 2010

Hari Kebangsaan ke 53

Merdekakan diri, merdekakan minda, merdekakan jiwa..

Lihat sekeliling anda.. Benarkah Malaysia sudah merdeka?

Saturday, August 28, 2010

Jadual Kumpulan UEFA Champions League

Berdasarkan jadual, rasanya semua orang boleh beranggapan bahawa kelab-kelab utama bola sepak Eropah (Chelsea, Man UTD, Barcelona, Inter Milan, Arsenal, Bayern) boleh dianggap mempunyai laluan mudah untuk ke pusingan kedua.

Thursday, August 12, 2010

Isu Buang Bayi.. Siapa yang bersalah?


Sejak belakangan ini kes buang bayi makin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat kita. Namun di sebalik peningkatan gejala negatif ini, siapa yang harus dipersalahkan? Ramai yang beranggapan kes ini menular kerana perubahan sosial dan gaya hidup masyarakat Malaysia yang semakin keBaratan. Pergaulan bebas dan aktiviti-aktiviti sosial yang langsung tidak mencerminkan adat ketimuran dan gaya hidup seorang penganut agama ISLAM yang semakin berleluasa mungkin merupakan penyebab utama masalah ini berlaku. Jika direnung kembali, sedarkah kalian bahawa kita makin jauh dengan ISLAM.. Ya, makin JAUH DENGAN ISLAM.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan 1413H


Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Saturday, July 31, 2010

Guru Cemerlang: Tujuan Diwujudkan dan Kriteria Pemilihan


Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Wednesday, July 28, 2010

Alam baru, idea baru, imej baru..

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Pejam culik celik dah beberapa bulan x update (dengan izin dewan) blog buruk ni.. Al maklum la, makin busy (dengan izin dewan) dengan tanggungjawab baru sebagai guru pelatih (KPLI)..

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Wednesday, May 12, 2010

Kami Minta Program AF Dihentikan.. Pandangan Umum.


BUKAN pertama kali mufti bersuara memberi nasihat agar program realiti dihentikan. Alasan mereka, program hiburan berbentuk realiti televisyen bertentangan dengan nilai dan hukum agama serta menggalak rakyat membazir, selain menjurus ke arah berlakunya maksiat.

Monday, May 10, 2010

The EPL Title Winner - The Blues..








Congratulations to Chelsea on an amazing 8-0 win against Wigan Athletic as they removed any doubts on the final day of the season whether they were worthy Premier League champions or not. They are.

Saturday, April 03, 2010

Din Beramboi Dalam Kenangan (1966-2010)

Perginya ikon komedi tanah air..

Al-Fatihah...

Monday, March 15, 2010

Filem Kita


Filem cereka (cerita rekaan) lazimnya mengambil masa tayangan lebih kurang 90 minit dan kebanyakannya ditayangkan di pawagam atau dewan tertentu yang dapat memuatkan ramai penonton. Sejarah filem Malaysia (dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya) bermula seawal tahun 1920 di mana beberapa buah filem dokumentari telah diterbitkan. Namun sejarah filem cereka hanya bermula pada tahun 1933 di mana filem Laila Majnun berjaya diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical. Filem arahan pengarah dari India, BS Rajhans itu berdasarkan hikayat cinta dari timur tengah di mana pelakon bangsawan M. Suki memegang peranan sebagai Majnun. Sejak itu pembikinan filem cereka telah berkembang pesat dengan kemasukan penerbit bersaudara Shaw dari China. Kegiatan perfileman ketika itu berpusat di Singapura.
__________________________________________________

Friday, February 19, 2010

Konsep Cinta Sebenar


“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta ditanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________

Friday, February 05, 2010

Tanggungjawab Baru

Errr..
Boleh ke aku pikul tanggungjawab ni?

Tanggungjawab besar..
Demi agama, bangsa, negara dan poket aku..
Mampukah aku?

Pengorbanan mesti dilakukan..
Aku mesti pilih salah 1 dalam 2 opsyen yang aku miliki..

dan akhirnya...

Aku memilih untuk pergi ke opsyen kedua..


GSTT...


PACIFIC STRUCTURES SDN BHD (8 January till 5 February 2010)
SMK SRI PERMATA (8 February till ?)

Sunday, January 31, 2010

Warkah

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada..

Tuesday, January 19, 2010

Crows Zero Film & OST (Download Link)

Aku pernah kongsi pasal 1 filem Jepun yang aku tonton iaitu Crows Zero 1 & 2.. So now aku nk bagi link untuk korang download n tgk sendiri movie gempak ni..

Crows Zero

Phase 1 Download
Phase 2 Download
Phase 3 Download
Phase 4 Download

Crows Zero 2

Phase 1 Download
Phase 2 Download
Phase 3 Download

Alang2 dh bagi link, aku bagi skali link untuk download OST (soundtrack) filem ni coz lagu2 dlm filem ni mmg gempak.. Sesuai utk org jiwa keras cam aku n org jiwa lembut (pun mcm aku)...

Crows Zero OST Download
Crows Zero 2 OST Download

So enjoy this film n the OST...TQ

Monday, January 04, 2010

Aku Penganggur...


Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur