Saturday, October 09, 2010

Melayu Oh Melayu


Salam Sejahtera..

Entri aku kali ini bukan berniat untuk jatuhkan bangsa sendiri tapi sekadar mengajak kalian untuk sama-sama berfikir..
Ayuh mulakan...


Persoalan yang aku nk timbulkan:

Apa bukti kalian berbangsa Melayu?
Apa konsep Melayu bagi kalian?

Ramai antara kita mengaku Melayu tapi percakapan, kelakuan, pemakaian langsung x menggambarkan yang bercakap itu seorang Melayu..

Sebagai contoh, jika kita jumpa seorang remaja yang berpakaian ala-ala Lady Gaga atau berfesyen ala-ala punk, indie rock, cuba kita tanya tentang bangsa mereka.. Aku yakin mereka dengan bangga akan mengaku bahawa mereka Melayu (walaupun jawapan akan dijawab dlm bahasa rojak buah)..

Melayu bukan satu platform untuk dapatkan biasiswa dan kelebihan di tanahair sendiri semata-mata.. Melayu adalah identiti kita.. Tapi kalau identiti/imej/budaya Melayu sudah hilang pada bangsa Melayu, wajarkah mereka digelar Melayu?

Peredaran zaman bukan alasan.. Memang kita perlu berfikiran terbuka, tapi bukan bermaksud pakaian kita pun terbuka.. Melayu penuh dengan kesantunan dan perilaku yang baik.. Masyarakat Melayu yang sebenar adalah masyarakat yang bermaruah.

Cuba kalian taip perkataan 'Melayu' di carian internet (google @ yahoo..), kehebatan bangsa Melayu moden cukup terserlah... Jujurnya aku malu melihat keadaan ini.. Anak Melayu sudah hilang harga diri, sudah tiada jati diri, sudah lupa asal usul, sudah lupa agama.. Wajarkah mereka mengaku Melayu?

Asas kepada budaya Melayu adalah Islam.. Ini bermakna segala apa yang terdapat dalam budaya Melayu berpaksikan kepada ajaran agama Islam.. Islam benarkan umatnya buka aurat ke? Islam benarkan umatnya bergaul bebas ke? Tidak bukan? Jadi di mana Melayu? Terkinja-kinja menyaksikan konsert, merempit di jalanraya, meragut, merogol, bermesra dengan dadah - kebanyakannya dilakukan oleh remaja Melayu. Nak bukti? jangan malu-malu untuk baca suratkhabar..

.............

Kadang-kadang rasa macam nak tergelak bila lihat/baca gambar/posting di Facebook.. Masing-masing nak jadi hero, nk dapat publisiti.. Tulisan bagai nak rak, tapi haprak.. Yang paling hebat, kebanyakan posting ditulis dalam Bahasa Inggeris yang kadang-kadang mmg carca marba.. Hang ingat mat Saleh nak usha Facebook hang ka?

Tapi, secara peribadinya, aku malu dengan diri aku sendiri.. Aku gagal jadi Melayu moden mengikut acuan 'mereka'..
- Aku tak pandai ber'shuffle'
- Aku tak pandai merempit..
- Aku tak ada 'cikaro'..
- Aku tak ada skinny jeans
- Aku tak ada 'rantai anjing' di leher..
- Aku takut dengan arak..
- Rambut aku warna hitam..
- Aku tak ramah dengan syabu, ectasy..
- Aku tak pandai berparti (bukan parti politik..)

..............

Bangunlah bangsaku..
Jangan sampai kita jadi pendatang di bumi sendiri.. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan jaga bangsa kita? x kan nak mintak tolong Justin Biebir.. Kembali kepada asal, Sedarkah kalian yang kita berterusan dijajah? Kita hilang perasaan malu, kita hilang jati diri - kesan pengaruh dan anasir luar yang meresapi minda kita semua.. Sedarlah!

Kalau Hang Tuah hidup kembali, mungkin beliau menyesal sebab pernah berkata bahawa 'Takkan Melayu hilang di dunia'.... Wahai laksamana, Melayu sudah hilang kini..

Tidak bersetuju dengan tulisan di atas?
Tepuk dada tanya selera..

Renung-renungkan dan Selamat Beramal..

2 comments:

Anonymous said...

sy bersetuju dgn pendapat penulis...
kehilangan identiti melayu daripada bangsa melayu itu sendiri...
namun bukan setakat isu pemakaian dan penampilan sahaja yg melambangkan kehilangan identiti melayu malah pemikiran serta pemahaman terhadap MELAYU itu daripada aspek yg menyeluruh...
bukan niat nk merendahkan mana2 pihak..
namun jika lihat sekarang...
pemimpin daripada kalangan kerajaan serta pembangkan sendiri seolah luntur nilai kemelayuannya...
mana tidaknya menggadaikan keistimewaan bangsa sendiri demi perpaduan..
bukan itu shaja..
memisahkan melayu danIslam...
jika fikiran yg berlandaskan akal yg dipandu dgn ilmu yg benar...
Insyallah segalanya akan menjadi lurus...
jika melayu itu difahami secara holistik maka kekuatan melayu itu muncul seperti saat menuntut kemerdekaan...
melayu bukan sekadar tertera di atas i/c...
namun pengukuhan elemen melayu itu harus kental dan sebati di jiwa...

segala yg baik itu datang dari ALLAH dan segala kekhilafan itu adalah dari diri sy sendiri.. c",)~~

Anonymous said...

Jangan jadi Melayu kalau gagal hidup dalam landasan Islam yang sebenar.. Melayu hidup berpaksikan Islam..