Thursday, August 12, 2010

Isu Buang Bayi.. Siapa yang bersalah?


Sejak belakangan ini kes buang bayi makin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat kita. Namun di sebalik peningkatan gejala negatif ini, siapa yang harus dipersalahkan? Ramai yang beranggapan kes ini menular kerana perubahan sosial dan gaya hidup masyarakat Malaysia yang semakin keBaratan. Pergaulan bebas dan aktiviti-aktiviti sosial yang langsung tidak mencerminkan adat ketimuran dan gaya hidup seorang penganut agama ISLAM yang semakin berleluasa mungkin merupakan penyebab utama masalah ini berlaku. Jika direnung kembali, sedarkah kalian bahawa kita makin jauh dengan ISLAM.. Ya, makin JAUH DENGAN ISLAM.


Remaja sekarang makin berani untuk bersoSIAL sehingga lupa diri dan sanggup melakukan perbuatan TERKUTUK/TERHINA/JIJIK/KEJI dan kesannya melahirkan anak luar nikah. Dosa ini ditambah lagi dengan AKTIVITI BUANG BAYI.. AKTIVITI? YA!, gejala ini sudah menjadi semacam aktiviti biasa bagi remaja MELAYU sekarang.. Apa sudah jadi?

Jika kita lihat kembali tahun 80an & 90an, gejala ini amat sedikit bilangannya dan kes yang berlaku amatlah terpencil. mungkin ada yang mengatakan bahawa hal ini disebabkan pihak media yang tidak membuat liputan. Betul, tapi kalau tiada kes macam mana media mahu buat liputan? Logik bukan?

Remaja era 80an & 90an masih belum didedahkan dengan KEHINAAN gaya hidup bebas seperti remaja sekarang (Ada, tapi belum berleluasa dan pengikutnya adalah kalangan mereka yang sudah cukup matang). Namun pada hari ini, pengaruh-pengaruh ini telah sebati dengan remaja pada masa sekarang. Remaja pada masa tersebut masih mempunyai perasaan MALU. Remaja sekarang?Malu? Tolong jangan cuba merangsang emosi aku untuk ketawa terbahak-bahak. Mereka malu ke?Berpakaian seperti ala-ala Lady GagaL yang sangatlah rendah moralnya, berpeleseran dengan lelaki seperti sudah berumahtangga selama 10 tahun. Ini bukti mereka malu ke? Tepuk dada tanya selera.

Konsert, gigs, dan pelbagai lagi aktiviti soSIAL yang dianjurkan (sendiri mau ingat ye..) adalah salah satu penyumbang utama kepada aktiviti ZINA.. Percaya atau tidak?..Terpulang.. Remaja-remaja yang bergaul bebas ketika aktiviti-aktiviti ini boleh menyebabkan berlakunya 'body connection..?' dan akhirnya menyebabkan kelahiran anak luar nikah. Kesannya? Bertambahlah kes buang bayi..

Namun, ada pendapat mengatakan bahawa, media juga secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada pertambahan gejala ini. Sedarkah kita bahawa media sekarang terlalu meng'expose' isu-isu ini dan secara tidak langsung hal ini telah menarik minat remaja untuk mencuba.. Logik? Kita ambil contoh isu rempit.. Hmm, kalian faham bukan? Filem-filem keluaran tempatan juga perlu dipantau kerana kebanyakan filem-filem terkini langsung tidak menggambarkan keperibadian dan adat keketimuran yang sepatutnya menjadi ikutan, tetapi mengangkat gaya hidup bebas seperti masyarakat Barat yang sangatlah rendah moral mereka.

Maksiat makin berleluasa. Anak yang tak berdosa menjadi mangsa. Kempen dijalankan namun seiring dengan budaya sosial (yang haprak) dicanang-canang oleh sesetengah pihak. Jadi, berkesankah kempen-kempen ini? Atau sekadar retorik bagi pihak-pihak tertentu?

Pada bulan Ramadhan mulia ini, bersamalah kita muhasabah diri. Amar Ma'ruf nahi Mungkar. Kita masih belum terlambat untuk mengubah masalah GILA ini dari terus bermaharajalela. Apa yang penting, kembalilah kepada ajaran Agama ISLAM. Kuatkan akidah kita, akidah yang kuat akan mengelakkan kita dari terjebak dengan permainan dunia yang akhirnya akan menghancurkan hidup kita. Ingat ALLAh.. Mohonlah pertolongan semoga selamat di dunia dan di akhirat.

Berdasarkan berita yang didengari dan dilihat pada pukul 8 tadi, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil mengatakan bahawa HUKUMAN MATI MANDATORI AKAN DIKENAKAN KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN GEJALA BUANG BAYI. JIKA SABIT KESALAHAN KERANA MEMBUNUH/CUBAAN MEMBUNUH (BAYI) MAUT JUGA KAN MENANTI ANDA.. Fikir dulu sebelum bertindak..

APA KATA ANDA?
..Sekian..

Sila Baca Petikan Artikel Dari Berita Harian..
p/s: xde kne mengena dgn tulisan di atas..tulisan di atas ditulis sebelum artikel diddedahkan..

3 comments:

Rayyker said...

Era 30-40 ramai yg kawin muda, dah baligh bagi kawin terus,byk sebab antaranya perang dan mengamalkan pendidikan islam total(Sekolah Pondok).

Era 50-60 agen2 maksiat dibawa penjajah,joget lambak (kaberat),wayang pacak, main kuda, muzik rock (Elvis,Beatles-goyang kepala sambil mabuk2).

Era 70-80 DISCO(BoneyM,ABBA,), Budaya Hippies, seluar yankie, Breakdance.

Era 80-90 Black Metal, Punk, Hip Hop.

Era 00-10 Puncanya-Pornografi dr henfon/internet,Sekarang baca suratkabar pun dah boleh ghairah tajuk pun dah kearah lucah(korang tak sedar ke?). Konsert/karnival/Taman2 rekreasi yg bersepah(dating2 romen2-itulah aktiviti rekriasi bagi pembuang bayi), Kelab2 mlm mcm2 spesis (Gay Club,Lesbian Club),Spa/pelacuran, Rumah urut,Karaoke,...

Saranan saya ialah,kerajaan perlu benarkan perkahwinan awal usia seperti era 30-40-an. Zaman tu ikut peraturan islam, bila dah baligh boleh kawin. Pesalah zina kena hukum berat2 bukan bayaq denda ja,org yg dah mengaku zina/mabuk pun skrang tak tangkap/kenakan hukuman berat,Jgn main politik sgt isu nie sampai nak buh budak2 nie kat tahfiz/buat sekolah...nanti buruk nama semua...betoi tak?

Cikgu wanie said...

emm sy stju tu dgn gya hdup yg bbas dan dnia tnpa sempadan mjadikan kes ini mningkat. Yg pling pnting skali ialah rapuhnya didikan agma dlm ssbuah institusi kekeluargaan. Apabila tiada agma d tngal moral mla mrudum sdh tdk mgnl mna baek n bruk apa yg tahu hny ingin mgkut nfsu smta2.

Klu phak jmaah mnteri btju utk mgenakan tndakan hkum gantung mandatori, sy 1000x stju. Biar mreka sdar akan nilai stu nyawa (ank) yg d krniakan yg tdk brdosa itu.

mgkin ini pentanda dunia akhir zaman. kes yg lebih kejam drp zamn jahiliah. sy jga prnah kmukan isu ini dlm blog sy, insyaallah hari ini jga sy akn mnghadri kuliah wanita yg akn mngutarakan isu ini.

Chegu Byhaqie said...

asasnya adalah drpd institusi keluarga.am i rite?.. didikan agama perlu diberikan kepada anak-anak. Dengan didikan agama yg cukup, Insya Allah blh mengelakkan anak-anak dari terjebak dgn gejala ini. Yang penting, kembali kpd agama Islam.. Jgn tggu turunnya bala bru nk buka mata..