Friday, January 16, 2009

Tips Mencari Rumah/Bilik Sewa dan Rakan Serumah/Sebilik

Bagi sesiapa yang baru pertama kali tinggal berasingan dari keluarga kerana melangkah kaki ke alam pekerjaan atau baru sahaja mendaftar sebagai pelajar luar kampus, mencari bilik sewa atau rumah sewa adalah salah satu perkara baru yang mungkin jika tidak dibantu dengan sebetulnya mungkin akan mengalami pelbagai masalah dikemudian hari.

Tidak ramai antara kita yang sedar bahawa, mencari rakan serumah, rakan sebilik, bilik sewa atau rumah sewa tidak semudah yang disangka. Pelbagai perkara harus difikirkan dan diteliti sebelum sebarang kata putus diambil. Jika tidak kita mungkin akan berakhir berkongsi rumah, bilik dengan mereka2 yang hanya akan mendatangkan tekanan emosi dan fizikal, malah lebih teruk akan kerugian wang ringgit.

Berikut adalah cadangan yang mungkin dapat membantu anda dalam memilih rakan serumah/sebilik yang terbaik atau rumah/bilik sewa yang terbaik buat anda.

Tips memilih rumah/bilik sewa.

1. kenal pasti bujet anda - carilah rumah atau bilik sewa didalam linkungi bujet anda. Pastikan bayaran masuk bulan pertama itu adalah munasabah dengan kondisi rumah/bilik dan jarak antara rumah/bilik dengan tempat kerja atau kampus anda. Adalah normal jika bayaran sewa lebih tinggi dikenakan jika rumah/bilik sewa itu mempunyai fasiliti seperti kolam renang, gymnasium dll. Jika anda rasa bayaran sewa bilik bulanan yang dikenakan ketua rumah tidak munasabah, hubungi tuan rumah dan konfirmkan berapakah sewa rumah yang dikenakan keatas rumah tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan anda dari ditipu oleh ketua rumah yang mengambil untung atas angin dengan mengenakan bayaran tambahan terhadap ahli rumah yang baru menyewa.

2.Plih lokasi terbaik dan tepat buat anda- kenal pasti lokasi rumah/bilik sewa terbaik buat anda dari segi kos, masa dan sebagainya. antaranya
a)Jika anda seorang pengguna internet tegar, pastikan rumah dan bilik sewa itu terletak dalam linkungan radius 5km dari ibusawat telekom.Pastikan lokasi rumah/bilik berada dalam linkungan perkhidmatan telefon mudah alih, dan kualiti kelajuaan internet berada dalam keadaan yang anda mahukan.
b) pastikan lokasi itu berada dalam zon yang selamat terutamanya jika anda seorang perempuan.
c) pastikan lokasi kemudahan awam, kenderaan awam, LRT, Bas, dan lain2 adalah berdekatan jika anda pengguna kenderaan awam.
d)pastikan lokasi kedai makanan, dsb adalah berdekatan jika anda tidak memasak sendiri.

Tips memilih/mencari rakan sebilik atau rakan serumah

1.Berterus terang pada kali pertama - Berterus teranglah berkenaan diri anda, apa yang anda suka dan tidak suka, dan personaliti rakan serumah dan sebilik yang anda mahukan. Ini akan dapat menjimatkan masa dan menyenang anda dikemudian hari. Jika anda tidak suka mengemas, bukan seorang pembersih, tidak suka binatang peliharaan, suka menonton tv, suka melayari internet, bermain muzik dll. Ini dapat membantu orang untuk mengenal anda dan membuat keputusan sama ada anda sesuai untuk berkongsi rumah atau bilik dengan anda. Jika tidak berkenan, sila terus terang dan nyatakan mereka bukanlah rakan serumah yang sesuai yang anda cari. cari rumah lain.

2)Periksa kemampuan kewangan- pastikan bakal rakan serumah/sebilik anda mampu untuk membayar sewa, nyatakan dengan jelas dan tegas bahawa jika gagal membayar sewa mengikut masa yang ditetapkan anda akan diusir keluar. ini dapat mengelakkan anda dari terpaksa menanggung beban kemudian hari.

3) periksa latar belakang - jika anda kenal rakan2 bakal rakan serumah anda, terutama mereka yang pernah tinggal bersama dengan mereka, supaya anda dapat mengetahui personaliti sebenar mereka apabila tinggal bersama, adakah mereka pengotor, lewat bayar sewa, atau suka membawa rakan bukan sejantina kerumah.Ini adalah penting supaya anda tidak menyesal dikemudian hari.

4) kenal diri sendiri - ya, kenal diri sendiri terlebih dahulu. Jika anda seorang yang lebih suka privasi dan tidak suka melibatkan diri dalam isu2 remeh temeh. anda lebih sesuai tinggal seorang atau sekurangnya berdua. Ini penting, terutamanya jika ada seorang yang sensitif dan seorang yang mudah terasa.

Terma Bayaran

1)deposit-pastikan deposit yang dikenakan adalah munasabah. pastikan resit bayaran diberikan. atau sekurangnya dicatat pada buku log untuk mengelakkan kekeliruan bayaran dikemudian hari.

2)sewa - pastikan sewa munasabah pada keadaaan rumah dan logik akal.

3)bil utiliti - pastikan anda hanya membayar bil bagi kegunaan yang anda guna. Adalah lebih baik talian telefon tetap tidak dipasang pada rumah bujang. Ini adalah untuk mengelakkan masalah bil dikemudian hari. cuba elakkan dari berkongsi. Adalah lebih, jika anda mahu talian tetap atau broadband, pohonlah untuk kegunaan sendiri.

4) berkongsi bayar - ada perkara yang boleh dikongsi ada yang tidak. Elakkan dari berkongsi bayaran untuk pembelian perabot, perkakas rumah. Ini adalah penting untuk mengelakkan isu apabila berpindah rumah kelak. Makanan boleh berkongsi mengikut budi bicara masing2.

Walau apa pun pilihan yang anda buat, pastikan anda membuat pilihan yang bijak. Jika anda mempunyai pendapat lain yang boleh dikongsi bersama, sudi2kan lah komen. :)

No comments: