Thursday, January 08, 2009

Telefon Bimbit (Handphone)





Pembangunan awal telefon bimbit

Pada tahun 1849 Antonio Meucci mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana.


Apa itu SIM Tool Kit?

Servis pada kad SIM yang membenarkan Operator untuk menawarkan VAS (Value Added Service) kepada pelanggannya, contohnya mengakses mobile banking atau download.


Periksa model dan jenis Handphone anda

Untuk mengetahui jenis handphone, tahun keluaran dan jenis fail yang digunakan .anda cuma perlu menekan butang *#0000#.

Contoh

V 04.70 File Versi

23-04-06 Tahun Keluaran

NPL-2 Jenis Fail

(c) Nokia Pengilang



Pencegahan Virus Handphone

* Selalu membuat scan virus ke atas handphone

* Tidak memuat turun perisian yang tidak diketahui fungsinya

* Jangan menerima sebarang mesej pelik yang dihantar dan jangan membuka mesej tersebut

* Matikan fungsi Bluetooth atau infrared selepas mengakses sebarang data.


Petua Penjagaan Handphone

  1. Tidak menggunakan handphone semasa sedang dicas
  2. Tidak meletakkan ditempat yang tinggi dan mempunyai risiko untuk jatuh
  3. Elakkan dari kanak-kanak bermain seperti barang mainan mereka
  4. Elakkan dari terkena air contohnya semasa hujan
  5. Tidak berkongsi maklumat dengan kerap dengan handphone lain contohnya melalui penyambungan Bluetooth bagi mengelakkan terkena serangan virus.

Mengapa Memory Card boleh Corrupted ?

Terdapat fail-fail sistem yang hilang contohnya terpadam atau diserang virus.Memory Card tidak dapat mengakses sebarang data untuk handphone.Untuk penyelesaian masukkan semula file 'system ' mengikut model handphone.



Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Anda Lakukan ?

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap
telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

(Sumber dari buku Belajar Baikpulih Handphone)

No comments: