Saturday, January 03, 2009

Cara Penjagaan Komputer Peribadi (PC)

Langkah 1 : Mengenali Sistem Anda

1. Buat inventori sistem komputer anda - catat
nombor siri dan nombor model..

2. Mengenali konfigurasi sistem dengan
terperinci.

Langkah 2 : Sediakan Disket ‘Boot’ untuk
waktu
kecemasan

Disket ini berguna semasa anda ada masalah
capaian kepada hard disk.

Langkah 3 : Uruskan hard disk secara teratur

1. Defragkan hard disk :
a. Setiap enam bulan sekali.
b. Setiap kali membuat atau
menghapus sejumlah besar
fail dalam satu jangka
masa pendek.

2. Scankan hard disk :
a. Setiap bulan
b. Setiap kali komputer anda
crash/hang secara
tiba-tiba.

Langkah 4 : Menyimpan fail dengan teratur

1. Tujuan :
a. Memudahkan proses
menghapuskan fail/data yang
tidak diperlukan lagi.
b. Mengelakkan fail/data
yang penting dihapuskan
secara tak sengaja.

2. Simpanlah fail/data yang saling
berkaitan dalam satu folder.

Langkah 5 : Buat salinan fail/data

1. Buat salinan pada fail-fail yang
penting ke dalam disket, cd atau hard drive tambahan.

2. Buat salinan data seminggu sekali
dan buat secara lengkap enam bulan sekali.

Langkah 6 : Jauhkan virus

Gunakan program-program antivirus yang ada
sekerap mungkin.

Langkah 7 : Jangan ubah program di dalam
sistem Windows

Elakkan daripada mengubahsuai sebarang program
yang diinstall ke dalam sistem Windows sama ada menukar nama direktori program
atau memindahkan fail ke tempat lain.

Langkah 8 : Jaga kebersihan komputer

Bersihkan komputer anda setiap saat daripada
habuk dan kekotoran kerana debu dapat merosakkan komponen di dalam komputer.

Langkah 9 : Gunakan prosedur yang
betul
apabila menghentikan komputer

Shut down betul-betul komputer anda.

No comments: