Monday, April 20, 2009

Senaman Ringan Minggu Ini

Minggu exam dh tiba.. So aku tau sume tgh sbuk study n sediakan nota.. Jadi kpd mereka2 yg penat@tension@bosan, jom kite wt senaman khas yg aku belajar di Argentina.. Senaman ni bagus utk mengelakkan penyakit berjangkit seperti Demam Kura-kura.

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini.. Ikut la arahan ni betul2...


Ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


Tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


Yeahhh..Dh mcm Ultraman..

Gerak ke kanan kemudian ke kiri..


Gerak ke kiri kemudian ke kanan


Ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


Tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


Dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


Kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masalah...


Buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


Hilangkan semua stress..


Pusingkan kepala...Headbanging!!!


Tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


Akhir sekali
buat joget kucing...

SELAMAT MENCUBA.... =)

Wednesday, April 15, 2009

Kuku Panjang dan Cincin


DOSA KUKU PANJANG

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua
jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang
telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah
kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau
pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh
atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti
memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa
ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam
kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu
mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi
teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku
panjang .

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Cincin



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..sunnah
nabi jarang nak ikut ..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah
dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.
berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di
jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun
perempuan.

Monday, April 13, 2009

Ucapan Populis

Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum peperiksaan akhir bermula.. Tinggal 1 lagi asgment utk disiapkan dan sekarang sudah berada pada tahap terakhir iaitu kemaskini..

Aku masih mencari nota-nota yang aku perlukan untuk bekalan menempuh peperiksaan.. Kpd teman-teman seperjuangan, sudi-sudikanlah berkongsi ilmu yg ada..he3

Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kpd semua yg mengenali diri aku sepanjang aku hidup (sudah 22 tahun dan 7 bulan)...

Semoga kemaafan dari kalian akan permudahkan langkahku untuk menghadapi peperiksaan penting ini.. Semoga peperiksaan ini menjadi medan tempurku yang terakhir di UM..

Aku juga ingin mengucapkan Selamat Menempuh Peperiksaan kpd semua pelajar Universiti (UM, UPM, USM, UPSI, UKM, UUM, UMS, dll)... Semoga kite bersama-sama mencapai kejayaan.. Insya-Allah..Aminnnnn.....

Kepada teman-teman seperjuangan - Hizir (my roomate), Piji & Hamid (my housemate), oney, mamat, mizan, al amin, mat lan, anas, pa'a, choi, ct ha, diana, maisarah, BB, sarah, ina (da one & only), lieya, keri, kerol, mas, napi, amali, hadi, yus, wan syuk, pijoe, wan tiket, mat wan, mat jawa, praqash, maza, xlupe juga junior-junior APM (he3), member2 APM, member2 di UM, UKM, USM, UPM, UPSI, UUM (u know who u r), member2 JABATAN KESENIAN, KESUSASTERAAN, SOSIO-BUDAYA, LINGUISTIK, & BAHASA, bekas kawan2, bekas teman istimewa, para secret admirer, para musuh, para pengumpat, para penyokong & para blogger, & para para sakura (he3) (aku mintak maaf kalo nama anda tiada di sini, aku xmampu nk ingat sume ketika aku menaip), SEMOGA KALIAN MENCAPAI KEJAYAAN LUARBIASA DALAM PEPERIKSAAN KALI INI DAN JADIKAN KEJAYAAN INI SEBAGAI SATU HADIAH BUAT KALIAN SEBELUM MENINGGALKAN UNIVERSITI..

Terima Kasih SAHABAT..