Saturday, February 26, 2011

Plat Kenderaan.. Macam-macam Hal..

Sejarah Pendaftaran Kenderaan Malaysia

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.



Kenapa Perak bermula dengan A?

           Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah. Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
           Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas. Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D). Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :

A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
   EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
   ES: Sandakan
   ET: Tawau
   ED: Lahad Datu
   EU: Keningau
   EK: Kudat
   EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
    KV: Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
    QA dan QK: Kuching
    QB: Sri Aman
    QC: Samarahan
    QL: Limbang
    QM: Miri
    QP: Kapit
    QR: Sarikei
    QS: Sibu
    QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
   SA: Kota Kinabalu
   SB: Beaufort
   SD: Lahad Datu
   SK: Kudat
   SS: Sandakan
   ST: Tawau
   SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
   Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
   ZA ke ZD: Tentera
   ZL: Tentera Laut Malaysia
   ZU: Tentera Udara Malaysia
   ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
   JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

* Terdapat juga sesetengah plat khas yang dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu:


Aku pun confius dengan plat2 ni..
Plat Kereta Artis



No comments: