Friday, February 25, 2011

Lawak Hari Ini... lawak ke?

Sekadar ingin menghilangkan keserabutan anda.. Jom ketawa.. 

Cuti Sekolah 

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang. 

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ? 
Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang. 
Cikgu : Kamu Ramli? 
Ramli : Saya nak pergi Genting Highland. 
Cikgu : Kamu Ahmad? 
Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu. 

Semua murid-murid ketawakan Ahmad. 

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam. 

Dengan semangat Adam menjawab... 

Adam : Saya nak pergi Matahari... Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana.... 
Adam : Kita pergi malam.....


Laut Mati 

Satu hari ada la 3 sahabat sekolah datang berborak di satu kedai kopi. 

A : bapak aku teror tau.. korang tau tak gunung everest tu dia pernah daki tau! 
B : bapak aku lagi hebat, dia pernah berenang dr semenanjung m'sia ke s'pura. 
C : bapak korang tak hebat la. bapak aku lagi hebat. korang tau tak laut mati? dia yang bunuh..."


Teruskan usahamu 

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial, Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating... 

Hamid : "Kita nak kemana nie?" 
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh" 
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.." 
Rosni : "Saya ok aje.." 

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah..
Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. "Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu.. 
Hamid : "Maafkan saya" 
Rosni : "Tak apa" 
Lalu mereka pulang... 
Di rumah, Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya... "Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja" Rugi2!!!

No comments: