Tuesday, April 03, 2012

Aku Maafkan Kamu



Saturday, October 01, 2011

Basikal Fixie (Fixie Bike) - Fenomena baru?

Pernahkah anda melihat sekumpulan remaja mengayuh basikal yang berwarna-warni (fancy) sejak belakangan ini? Basikal ini dikenali sebagai basikal fixie (fixie-bike).



Fixie merupakan nama yang timbul daripada perkataan “fixed-gear” kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Bermakna tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak. Oleh sebab ini basikal fixie tidak mempunyai brek dan untuk memberhentikan basikal ini haruslah menggunakan kaki bahkan ia boleh dikayuh mengundur.

Tuesday, September 13, 2011

The Black Sahabat Collection


Monday, August 22, 2011

25TH


22nd of August 1986

Monday, August 01, 2011

Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa


Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita wajib berpuasa. Pada bulan ini kita tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar (waktu subuh) hingga terbenam matahari (waktu maghrib). Kita diwajibkan puasa berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184. Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa  sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Sunday, July 31, 2011

1 Ramadhan 1432 Hijrah


Bulan Ramadhan yg mulia telah tiba sekali lagi.. Sempena bulan yg dirahmati ni, marilah kte sme2 muhasabah diri.. Betulkan segala kekurangan.. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik perubahan dlm hidup kita ke arah ajaran Islam yg sebenar..Jaga pergaulan, pakaian, pertuturan, tingkahlaku, akhlak, dan sebagainya..

Saturday, July 30, 2011

Penyelesaian Kepada Masalah Broadband Yang cecah Limit (ping of death)


Salam, biasa dapat msj seperti di atas? So, ble dpt msj tu tahu x apa malapetaka yg menimpa?Internet jd slow, btul x? Chegu pn slalu dpt msj cmni time2 hujung bulan..So sediakan duit n bayar je bil utk mengelakkan internet jd slow..

Tuesday, July 26, 2011

Duit Syiling Baharu





Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan semalam (25 Julai 2011) oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Tuesday, June 28, 2011

Puisi : UNGGUN API (A SAMAD SAID)

Sebuah puisi nukilan Pak Samad yang membakar obor semangat..

Friday, April 15, 2011

TQ Sk Taman Johor Jaya 3..

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum,

Detik demi detik berlalu, hari ini merupakan hari terakhir aku bertugas (praktikal) di SK Taman Johor Jaya 3. Banyak kenangan pahit manis aku di sekolah ini.

Saturday, February 26, 2011

Plat Kenderaan.. Macam-macam Hal..

Sejarah Pendaftaran Kenderaan Malaysia

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

Friday, February 25, 2011

Lawak Hari Ini... lawak ke?

Sekadar ingin menghilangkan keserabutan anda.. Jom ketawa..

Friday, February 18, 2011

Sek Keb Taman Johor Jaya 3

Assalamualaikum..

Entry ni bukan bermaksud untuk mempromosikan sekolah ini tapi hanya sekadar untuk memaklumkan bahawa Chegu sedang berpraktikal di sekolah ini bermula 17 Januari lalu hingga 15 April..

Sunday, February 13, 2011

Say no to Valentine Day.. (Sedikit Peringatan)

HARAM MERAIKAN "VALENTINE DAY @ 14 FEBRUARI" WALAU DGN APA NAMA & CARA SEKALIPUN kerana:
1. Al-Quran (Al-Isra’: 36): “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan & hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban.”
2. Al-Hadith (HR Ahmad): “Sesiapa melakukan amalan yang tidak didasari perintahku (Quran & Sunnah) maka amal perbuatannya tertolak.”
Hukum Menyambut Hari Valentine

Thursday, December 30, 2010

SURAT DARI KUBUR

Amaran: Tidak digalakkan untuk dibaca oleh oleh mereka yang lemah semangat.