Saturday, August 28, 2010

Jadual Kumpulan UEFA Champions League

Berdasarkan jadual, rasanya semua orang boleh beranggapan bahawa kelab-kelab utama bola sepak Eropah (Chelsea, Man UTD, Barcelona, Inter Milan, Arsenal, Bayern) boleh dianggap mempunyai laluan mudah untuk ke pusingan kedua.


Kumpulan B dianggap sebagai kumpulan paling lemah yang dihuni oleh Lyon, Benfica, Schalke 04, dan pendatang baru dari Israel, H. Tel Aviv. Manakala kumpulan yang dianggap kumpulan maut ialah kumpulan G yang dihuni oleh AC Milan, Real Madrid & Ajax Armsterdam. Auxerre boleh la dianggap perencah dalam kumpulan dan bakal menjadi lauk santapan.

Edisi kali ini akan menemukan penyerang utama Chelsea, Didier Drogba dengan kelab asalnya iaitu Marseille, Klaas-Jan Huntelaar bersemuka dengan kelab lamanya, Real Madrid,dan Eduardo (yang baru menyertai Shakhtar Donetsk) VS Arsenal. Selain itu, kemampuan Tottenham Hotspur beraksi di pentas utama Eropah juga akan menarik perhatian semua jurnalis bola sepak. Namun, Spurs yang diundi dalam kumpulan A bersama-sama juara bertahan Inter Milan dilihat mampu bersaing dalam kumpulan tersebut.

Seperti biasa, dalam mana-mana kejohanan, akan terdapat pemain-pemain muda yang akan mendapat perhatian semua pihak. Di sini aku senaraikan nama-nama 10 pemain muda yang dijangka bakal menyinar di kejohanan terunggul itu.

1. Sercarm Yildirim - FW (Bursaspor)
2. Douglas Costa - AMF (Shakhtar Donetsk)
3. Christian Eriksen - MF (Ajax)
4. Samuel Inkoom - RB/RMF (FC Basel)
5. Toni Kroos - MF (Bayern)
6. Jack Wilshere - AMF (Arsenal)
7. Timothee Kolodziejczak - LB (Lyon)
8. Philippe Cautinho - AMF (Inter)
9. Jano Ananidze - AMF (Spartak Moscow)
10. Sergio Canales - MF (Real Madrid)


Sama-sama kita saksikan sepak mula pada 14 Sept 2010 dengan perlawanan pembukaan antara FC Twente VS juara bertahan Inter Milan.
Perlawanan akhir akan dilangsungkan di Stadium Wembley di England.. Adakah pentas akhir akan dimonopoli oleh kelab Inggeris? Sama-sama kita tunggu..

Jadi, apa ramalan anda untuk EUFA CL kali ini?

No comments: