Berdasarkan jadual, rasanya semua orang boleh beranggapan bahawa kelab-kelab utama bola sepak Eropah (Chelsea, Man UTD, Barcelona, Inter Milan, Arsenal, Bayern) boleh dianggap mempunyai laluan mudah untuk ke pusingan kedua.
Sejak belakangan ini kes buang bayi makin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat kita. Namun di sebalik peningkatan gejala negatif ini, siapa yang harus dipersalahkan? Ramai yang beranggapan kes ini menular kerana perubahan sosial dan gaya hidup masyarakat Malaysia yang semakin keBaratan. Pergaulan bebas dan aktiviti-aktiviti sosial yang langsung tidak mencerminkan adat ketimuran dan gaya hidup seorang penganut agama ISLAM yang semakin berleluasa mungkin merupakan penyebab utama masalah ini berlaku. Jika direnung kembali, sedarkah kalian bahawa kita makin jauh dengan ISLAM.. Ya, makin JAUH DENGAN ISLAM.
Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.