Monday, November 16, 2009

Semakan Senarai Nama Peserta PLKN



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib bagi sesetengah daripada mereka yang baru menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. Pada setiap tahun, 18% daripada remaja yang akan berumur 18 tahun pada tahun latihan mereka dipilih untuk menyertai PLKN ini. Namun mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan untuk PLKN ini.
Ingin tahu sama ada anda telah dipilih untuk menyertai PLKN atau tidak? Terdapat dua cara untuk membuat semakan senarai nama peserta & calon PLKN, iaitu melalui laman web Khidmat Negara atau SMS..

Langkah 1


Lawati laman web rasmi PLKN dan masukkan IC anda dan klik pada butang search..

Langkah 2

Taipkan “NS(ruang)IC no dan hantarkan ke 33995.. Contoh :- NS 860822115027 & hantarkan SMS anda ke 33995

2 comments:

Anonymous said...

Apa yang posting bagus. Saya sangat suka membaca jenis atau artikel. Aku bisa? T menunggu untuk melihat apa yang orang lain katakan.

Anonymous said...

Virus, kalau x mahu kredit dipotong sebanyak rm4 setiap kali reload, jangan hantar pada 33995, terutamanya pengguna celcom