Thursday, September 17, 2009

Happy Eid'l Fitr


1st of All... Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.. Jangan lupa bayar zakat..

Alhamdulillah..Sekali lagi kita dapat bersama-sama menyambut hari kemenangan ini dengan penuh gembira..Setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, kita dapat merasai kenikmatan hari raya yang penuh bermakna..

Dalam menyambut lebaran ini, janganlah kita leka dengan keseronokan dan kemeriahan hari raya semata-mata tetapi haruslah kita isikan pengisian hari raya itu dengan amal ibadat dan perkara-perkara mulia..bak kata bait-bait lirik lagu LEBARAN INI,
"Di hari mulia ini, jangan kita membuat dosa, begitulah hakikatnya hari raya, bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa..."
Jangan kita lupa pada mereka yang dalam kesedihan, kehilangan orang tersayang menjelang hari perayaan. Korban kemalangan jalan raya pada setiap kali menjelang hari raya, tidak dapat dinafikan pertambahan jumlahnya.. Jangan jadikan kepulangan kita disambut dngan tangisan kesedihan.. Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang..

Di hari raya ini juga haruslah kita membantu mereka yang memerlukan.. Masih ramai lagi insan yang kurang bernasib baik yang berada di sekeliling kita..Dalam lagu SELAMAT BERHARI RAYA oleh RAHIMAH RAHIM juga ada menyebut,

Dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka..
Enak menjamu selera, jangan lupa yang tiada..
Kunjung-mungunjung, maaf-memaafi merupakan amalan yang tidak harus kita lupakan kerana selain dapat mengeratkan silaturahim, amalan ini juga dapat memupuk kesedaran berbudaya dan kemasyarakatan yang tinggi dalam kalangan umat Islam..Amalan ini juga merupakan satu tradisi yang harus diteruskan.. Namun, kelihatan makin terhakis dek kerana gaya hidup moden masyarakat kita sekarang..

Jadikan Aidilfitri ini sebagai satu titik permulaan ke arah penyatuan semula umat Islam khususnya di negara ini.. Lupakan segala persengketaan yang berlaku dalam kalangan kita, kukuhkan perpaduan dan bersatu untuk menghadapi segala cabaran mendatang..
Sambutlah

Salam Lebaran Dari Mr Bai dan Seluruh Keluarga..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
HAPPY EID'L FITR

MAAF ZAHIR DAN BATIN

2 comments:

chykeenzachary said...

selamat hari raya aidilfitri..thanks for visiting my blog..

chykeenzachary said...

selamat hari raya aidilfitri..thanks for visiting my blog..