Sunday, August 09, 2009

Papadom

SINOPSIS

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka, Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rasa rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Mia sangka apabila dapat belajar di Kuala Lumpur, bapanya akan berubah sikap. Tetapi lain pula yang berlaku. Saadom sanggup menyamar menjadi tukang kebun di universiti tempat Mia belajar! Semuanya bersebab…. Setelah Mia berjaya dalam pelajaran, barulah Saadom rasa lega, lalu membiarkan Mia mencorakkan masa depannya sendiri.

Watak dan Pelakon

Saadom - Afdlin Shauki
Munirah - Noorkhiriah
Miasara - Liyana Jasmay
Yvonne - Chelsia Ng
Alan Tan - Pete Teo
Ali - Adam
Profesor Balqis - Vanidah Imran
Shasha - Scha
Hisham - Farid Kamil
Mat - Que Haidar
Hussin - Harun Salim Bachik

Filem ni merangkul Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 22..

Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay juga merangkul anugerah masing-masing iaitu Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik..

Filem ini juga merangkul 2 lagi anugerah iaitu Cerita Asal Terbaik (Afdlin Shauki) dan Skor Muzik Terbaik.

Afdlin Shauki juga berjaya menambah koleksi kejayaan peribadi melalui filem Los & Faun yang berjaya merangkul anugerah Filem Komedi Terbaik.. Tahniah!!

Filem ini akan ditayangkan di Pawagam di seluruh negara pada 08 Oktober 2009..

No comments: