Saturday, March 21, 2009

Pengubahsuaian & Pembaharuan



Aku 'ter'ubahsuai blog aku..Tanpa disengajakan sebenarnya..

Harap semua orang dapat memberi maklum balas dan sokongan..

Aku akan pertingkatkan mutu kandungan dan pengisian blog aku...

Aku lakukan untuk kepuasan semua pihak dan aku akan cuba buat yang terbaik untuk kalian..

Aku sedang berusaha untuk mendapatkan pelbagai maklumat, pautan, dan akan cuba meng'upload' seberapa banyak lagu@album untuk kalian..

Aku akan menambahkan lagi info-info yang berguna untuk panduan kalian..

Aku berterima kasih kepada semua pelayar internet yang sudi singgah di blog aku (walaupun ada yang tak disengajakan) kerana secara tidak langsung telah meningkatkan rating (kedudukan) blog aku..

Aku juga berterima kasih kepada semua blogger yang sudi memberi teguran dan kritikan kerana segala teguran dan kritikan kalian telah menjadi pemangkin untuk aku..

Tidak lupa juga kepada teman-teman yang sudi memberi pendapat, idea, ilham, dan 'point' kepada aku untuk diterjemahkan dalam tulisan di blog ini..

Aku juga akan cuba untuk memperkayakan bahasa ibunda di blog aku sebagai satu langkah untuk memartabatkan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu.

Sekian..
Terima kasih kerana mengunjungi THEBLACKSAHABAT.

No comments: