Saturday, December 05, 2009

Undian Kumpulan Piala Dunia 2010


Undian bagi menentukan kedudukan kumpulan Piala Dunia 2010 telah berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan.

Berikut merupakan senarai negara-negara yang layak ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2010:-

AFC (4) Australia, Japan, Korea DPR, Korea Republic

CAF (5+1) - Algeria, Cameroon, Côte d'Ivoire, Ghana, Nigeria, South Africa (tuan rumah)

CONCACAF (3) - Honduras, Mexico, United States

CONMEBOL (5) - Argentina, Brazil, Chile, Paraguay, Uruguay

OFC (1) - New Zealand

UEFA (13) - Denmark, England, France, Germany, Greece, Italy, Netherlands, Portugal, Serbia, Slovakia, Slovenia, Spain, Switzerland

Berikut merupakan keputusan akhir senarai kumpulan untuk Piala Dunia nanti:-

Group A - South Africa, Mexico, Uruguay, France

Group B - Argentina, Nigeria, Korea Republic (Korea Selatan), Greece

Group C - England, USA, Algeria, Slovenia

Group D - Germany, Australia, Serbia, Ghana

Group E - Netherlands, Denmark, Japan, Cameroon

Group F - Italy, Paraguay, Slovakia, New Zealand

Group G - Brazil, Korea DPR (Korea Utara), Côte d'Ivoire, Portugal

Group H - Spain, Switzerland, Honduras, Chile

Friday, December 04, 2009

Saman Oh Saman


Sepanjang bulan Oktober hingga November, aku berjaya mengumpul dua saman traffik yang berjumlah RM250.00 tunai..

Kesalahan pertama aku menunggang tanpa memakai topi keledar..ni aku kena kt Jln Kerinchi time blk dari main futsal lbh kurang kul 12 mlm..hu3

Kesalahan kedua aku adalah tiada cermin sisi kiri dan kanan..ni aku kena kt Taman Megah PJ time ushar sekolah yang menjadi tempat interview GSTT aku pada keesokan harinya..malang...

Thank god..aku dh setelkan semua saman aku semalam..he3

Kopak duit aku..hu3.. Terpaksa cancelkan hajat nk tukar fon SE K610i aku ke SE P1i

Kalo korang nk cek saman wid SMS, ni caranya..

1) Taip POLIS SAMAN I/C NO dan send ke DAPAT (32728)


ATAU

2) Taip POLIS SAMAN NO PLAT KENDERAAN KORANG dan send ke DAPAT
(32728)

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Sunday, November 22, 2009

Bacalah Al-Quran..


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
"Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati."

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
"Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih."

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
"Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat."

Friday, November 20, 2009

Bunkface - Through My Window & Bittersweet - Untitled


Bunkface - Through My Window

Klik Here For Download















Bittersweet - Untitled

Klik Here For Download

Wednesday, November 18, 2009

Picture For Today

Kerja Khairy Jamaludin skrg..he3


Cmne nk mkn kalo dh penuh?he3


Kwang3


Jom menderma dadah..DADAH???

Monday, November 16, 2009

Semakan Senarai Nama Peserta PLKN



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib bagi sesetengah daripada mereka yang baru menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. Pada setiap tahun, 18% daripada remaja yang akan berumur 18 tahun pada tahun latihan mereka dipilih untuk menyertai PLKN ini. Namun mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan untuk PLKN ini.
Ingin tahu sama ada anda telah dipilih untuk menyertai PLKN atau tidak? Terdapat dua cara untuk membuat semakan senarai nama peserta & calon PLKN, iaitu melalui laman web Khidmat Negara atau SMS..

Langkah 1


Lawati laman web rasmi PLKN dan masukkan IC anda dan klik pada butang search..

Langkah 2

Taipkan “NS(ruang)IC no dan hantarkan ke 33995.. Contoh :- NS 860822115027 & hantarkan SMS anda ke 33995

Sunday, November 15, 2009

9 Cara Memikat Hati Para Pembaca Untuk Me'ngomen' Blog Anda


Salam.. Aku sering terbaca mengenai keluhan beberapa orang blogger yang 'sunyi' kerana blog yang kurang mendapat perhatian.. Hal ini biasa berlaku kepada blogger2 baru termasuklah aku.. Aku ada terbaca beberapa tips untuk memikat hati pembaca yang aku sendiri pun xtau betul ke tidak..he3..Enjoy it!

Tuesday, November 03, 2009

Jom Melancong

Jom Melancong Ke Nepal!!!

p/s:-Aku jumpe bas ni kt Pudu..hu3

Firasat Tentang Jodoh....He3

Korang dah bertemu ngan right person..??? same ade sudah atau belum.. korang kena ambil tau tempat pertama pertemuan korang kerana ianya memberi seribu makna dalam menilai prhubungan korang... walau bagaimana pun ini hanyalah ramalan semata2... kalo korang nak percaya.. lantak koranglah...

PANTAI

maknenyer= rumahtangga yg terbina nanti penuh damai tapi mudah bergelora... jika sesuatu berlaku..ianya pasti mengikis kasih syg dan kebahagiaan juga adalah seperti air laut... faham2 sendirilah..


SHOPPING KOMPLEKS

maknenyer= korang berdua susah nak kaya kerana boros berbelanja...


TANDAS AWAM

maknenyer= rumahtangga yg terbina bakal dicemari ngan bau2an yg kurang mnyenangkn... kasih syg pula hanyalah setebal kertas tisu tandas..he3...


RESTORAN

maknenyer= makanan akan menjadi punca korang x bahagia kerana sama2 pelahap...


PAWAGAM

maknenyer= rumahtangga korang sarat dengan adegan dramatik.. suka.. duka.. cemas...thriller... namun korang hanya mampu melihatnya...


KUBUR

maknenyer= rumahtangga anda akan sentiasa diselubungi MISTERI...

Monday, November 02, 2009

Xde Kerje..Tukar Kaler lagi...

Ni yang lame...


Repair & edit mane yang patut..


Hasilnye!!..Aku suke BIRU!!!!

Monday, October 26, 2009

Sahabat - A Song For The My SAHABAT

Di saatku perlu dirimu

Ku inginkan kau disisiku
Saat kau perlukan hadirku
Ku janjikan ada untukmu

Jangan pernah ‘tuk menghilang

Ku nantikan saat bersama
Penuh cerita dan ceria
Redakan beban yang terasa
Memberi warna dalam jiwa

Ku akan selalu berjanji
Untuk segera sampai nanti
Kan selalu ada untukmu temani harimu

Jangan pernah ‘tuk menghilang
Kerana kaulah sahabatku

Berjanjilah tak meninggalkanku
Dan janjilah kau tak melupakanku nanti
Dan kita harus selalu menjaga
Erti dari sebuah persahabatan kita ini

Jangan pernah ‘tuk menghilang

Jangan pernah ‘tuk menghilang
Kerana kaulah sahabatku


Port Dickson!!!Here We Come!!!

The story begin at 11.30 pm (Sabtu)...

Aktiviti pertama yg berakhir jam 4 pagi - BBQ..
Aku xbuat ape2 just makan..ha3


Sediakan payung before HUJAN..Nanti basah..


I am Legend!!!


Aku dikelilingi oleh penyu2..ha3
Dari kiri - Pozie, Hizir, Bunny, Acad, Wan, Berg..


Until we meet again....

Sampai di KL jam 12.30 pm (Ahad)

Saturday, October 17, 2009

Bosan...


Hidup ni kadang2 mmg MEMBOSANKAN... Aku dh bosan kerja2 aku.. Do the same thing everyday... Kerja makin berlambak.. Aku dpt tawaran Guru MARA but aku tolak dgn perasaan angkuh..he3.. Actually aku xsmpat nk g interview..he3

Adusss...duk kt ofis sgt membosankan but aku terpaksa coz ari aku on duty.. nasib baik gaji masyuk..hu3.. Org xramai today coz mybe dorang smbut DEEPAVALI..hu3

So di kesempatan ini aku ucapkan HAPPY DEEPAVALI 2 all my Indians Friend...Raya elok2..he3

Hidup aku seharian juga makin membosankan.. Bangun pagi g kerja, kul 3-4 balik kerja..after asar tdo@jog@gym.. But time malam aku jadi muda..hi3.. Banyak lepak kt Danau@Cheras@Bangsar..Duk semeja gn member2,pekena shishar,gossip menggossip,kutuk mengutuk..ni la rutin aku tiap2 hari..

Kadang2, untuk hilangkan bosan aku dengar lagu2 dlm HP SE @ I-pod aku..Sedikit sebanyak boleh tenangkan jiwa..

Minggu depan aku akan g picnic kt Port Dickson..xder yg interesting but ni la 1st time aku n member2 ofis (hizir, dean@pit, acad, bunny, berg, pozi, wan, zaidi, loqman@ustaz) berkumpul n kuar bersama-sama..ni kire cm family day group aku r..he3

p/s :-pic kt atas xde kena-mengena pun gn artikel, saje aku letak coz pic 2 baru di snap..he3

Thursday, October 15, 2009

Tengok Wayang

Sejak 2-3 ari ni, aku selalu ponteng kerja (mengular)..he3.. Kerja kt ofis mmg berlambak..so becoz of it la aku dh lme xpost anything kt blog aku.. Disebabkan keserabutan dgn kerja2 yg berlambak, aku mengambil keputusan untuk mengular utk release tension..hu3

Kelmarin, 13 Okt, aku n my buddy tgk wyg kt GSC Mid Valley..kitorang tgk filem Momok..Boleh tahan la jugak tp pelakon-pelakon memang 'berlakon'..agak kaku..So aku jd hilang mood n xde fokus..

Semalam, aku n my buddies tgk wyg lagi di tempat yg same..Tp filem lain iaitu filem PAPADOM.. Bagi aku, filem ni sangat menghiburkan..Watak Saadom n Mia diterjemahkan dengan amat baik dan berkesan..Watak Mat (Wajib Tayang) yg dilakonkan Que Haidar juga sangat menjadi dengan telatah 'nerd'nya.. Filem ni mmg lawak..mmg sgt menghiburkan..Complete gn komedi, drama, n byk unsur2 sindirin dan kritikan..Filem ni mmg ader nilai Seni..Bagi yg faham dgn SENI, korang akan kagum gn filem ni..

Filem ni padat, x meleret n plg penting langsung x membosankan..Adegan Wajib Tayang nk tekel Mia sgt mencuit hati..lawak giler..
Justify Full
Bagi yg selalu hangin gn filem Afdlin coz selalu ader muka yg sme, korang akan puas hati gn filem ni coz filem ni dipenuhi gn muka baru yang xpernah berlakon dalam filem2 Afdlin sebelum ni.. Antaranya Lyana Jasmay, Scha, Farid Kamil, n lain-lain..Dorang berjaya hidupkan watak masing-masing..

So kepada mereka yg belum menonton filem ni, aku galakkan korang tgk filem ni coz korang takkan menyesal..Ok, Enjoy it..

p/s:- Xsabar nk tunggu keluaran filem MERANTAU