Sunday, November 15, 2009

9 Cara Memikat Hati Para Pembaca Untuk Me'ngomen' Blog Anda


Salam.. Aku sering terbaca mengenai keluhan beberapa orang blogger yang 'sunyi' kerana blog yang kurang mendapat perhatian.. Hal ini biasa berlaku kepada blogger2 baru termasuklah aku.. Aku ada terbaca beberapa tips untuk memikat hati pembaca yang aku sendiri pun xtau betul ke tidak..he3..Enjoy it!


1. Thread Comment

Bagi pengguna wordpress berhosting sendiri, boleh cari plugin di sini.. Bagi pengguna blogspot, boleh lihat tutorial di sini.. Kenapa ini berguna? Plugin ini berguna seperti menjadikan ruangan komen itu sendiri seperti ruangan sembang.. Kena pada etikanyalah.. Maka ia akan terus berpanjangan..
2. Subscribe Comment

Untuk pengguna wordpress berhosting sendiri.. Boleh dapatkan plugin di sini.. Plugin ini akan bertindak menghantar email secara automatik jika komen anda dibalas.. Tapi pastikan ada option untuk dipilih pembaca supaya tak memaksa dia untuk melanggan.. Nanti akan dikira spam pulak!
3. Entry Yang Menarik

Ini dah wajiblah akan menarik hati pembaca untuk meninggalkan komen.. Tak kiralah entry lawak, pendapat, info atau sebagainya.. Yang penting entry itu memang menarik..Lagi bagus letak gambar yang menarik/lawak dan boleh menarik hati pembaca..
4. Timbulkan Pertanyaan

Sengaja membiarkan pembaca tertanya² atau penulis itu sendiri meninggalkan pertanyaan untuk pembaca.. Mana tahu pembaca ada jawapan untuk soalan yang diberikan.. Boleh juga minta pendapat dari pembaca.. Selalu juga aku ajukan di akhir entry “korang pulak macam mana?” “kalau korang jadi aku macam mana?”
5. Banyakkan Point
Jangan melalut-lalut sampaikan lupa memberi point penting.. Banyakkan point yang menarik.. Semakin banyak point menarik semakin besar peluang pembaca untuk meninggalkan komen.
6. Jangan Menulis Penuh
Gunakan fungsi ‘read more’.. Jika permulaan penulis itu baik dan menarik minat pembaca dah tentulah dia akan menekan butang read more dan secara automatiknya form untuk komen akan keluar juga.. Begitu juga dengan fungsi rss.. Sebolehnya jangan membiarkan bacaan penuh..
7. Buat contest

Tak perlulah secara besar-besaran kalau tak punya modal besar.. Cukup sekadar 'cari makan'..
8. Beri Hadiah Untuk Komentar

Tak perlu modal yang besar.. Kecil²an pon ok.. Ataupun beri kredit dan letakkan banner si komentar di blog secara percuma… Atau berikan topup (macam yang selalu dilakukan oleh beberapa blogger kita.. Hehee..) untuk komentar terbanyak bulanan atau mingguan..
9. Blog Walking
Kalau rasa blog tu belum cukup popular, eloklah lakukan cara nie.. Tinggalkan jejak ke blog orang lain dan tinggalkan komen sebernas mungkin.. Tapi jangan marah pulak kalau dia tak singgah ke blog anda selepas anda meninggalkan komen di blog dia..
Ada banyak lagi cara sebenarnya.. Kalau korang tau, boleh kongsikan di sini.. Tak salah berkongsi ilmu kalau ianya berguna.. Hehe..

No comments: