Thursday, September 17, 2009

Happy Eid'l Fitr


1st of All... Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.. Jangan lupa bayar zakat..

Alhamdulillah..Sekali lagi kita dapat bersama-sama menyambut hari kemenangan ini dengan penuh gembira..Setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, kita dapat merasai kenikmatan hari raya yang penuh bermakna..

Dalam menyambut lebaran ini, janganlah kita leka dengan keseronokan dan kemeriahan hari raya semata-mata tetapi haruslah kita isikan pengisian hari raya itu dengan amal ibadat dan perkara-perkara mulia..bak kata bait-bait lirik lagu LEBARAN INI,
"Di hari mulia ini, jangan kita membuat dosa, begitulah hakikatnya hari raya, bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa..."
Jangan kita lupa pada mereka yang dalam kesedihan, kehilangan orang tersayang menjelang hari perayaan. Korban kemalangan jalan raya pada setiap kali menjelang hari raya, tidak dapat dinafikan pertambahan jumlahnya.. Jangan jadikan kepulangan kita disambut dngan tangisan kesedihan.. Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang..

Di hari raya ini juga haruslah kita membantu mereka yang memerlukan.. Masih ramai lagi insan yang kurang bernasib baik yang berada di sekeliling kita..Dalam lagu SELAMAT BERHARI RAYA oleh RAHIMAH RAHIM juga ada menyebut,

Dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka..
Enak menjamu selera, jangan lupa yang tiada..
Kunjung-mungunjung, maaf-memaafi merupakan amalan yang tidak harus kita lupakan kerana selain dapat mengeratkan silaturahim, amalan ini juga dapat memupuk kesedaran berbudaya dan kemasyarakatan yang tinggi dalam kalangan umat Islam..Amalan ini juga merupakan satu tradisi yang harus diteruskan.. Namun, kelihatan makin terhakis dek kerana gaya hidup moden masyarakat kita sekarang..

Jadikan Aidilfitri ini sebagai satu titik permulaan ke arah penyatuan semula umat Islam khususnya di negara ini.. Lupakan segala persengketaan yang berlaku dalam kalangan kita, kukuhkan perpaduan dan bersatu untuk menghadapi segala cabaran mendatang..
Sambutlah

Salam Lebaran Dari Mr Bai dan Seluruh Keluarga..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
HAPPY EID'L FITR

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, September 13, 2009

Kiub Rubik


Kiub Rubik ialah sebuah mainan teka-teki mekanik yang dicipta pada tahun 1974 oleh ErnÅ‘ Rubik, pengarca dan profesor senibina Hungary. Kiub plastik ini boleh didapati dalam empat versi: "Kiub Poket" (2×2×2) , Kiub Piawai (3×3×3), "Dendam Rubik" (4×4×4), dan "Kiub Professor" (5×5×5). Sebuah syarikat yang lain sedang mencipta kiub-kiub sehingga peringkat 11×11×11 yang masih dapat dimainkan dengan pantas, berbanding dengan kiub-kiub Rubik yang tidak sesuai untuk dimainkan selain daripada peringkat 3×3×3 kerana mudah pecah, sebagaimana yang dinasihati oleh syarikat asli.

Versi 3×3×3 yang merupakan versi yang dirujuk dengan istilah "Kiub Rubik" mempunyai 27 unit kuib dan sembilan buah segi empat sama pada setiap sisi untuk memberikan 54 buah segi empat sama pada keseluruhannya kepada enam sisinya. Biasanya, permukaan kiub dilitupi oleh pelekat dalam enam warna tunggal, dengan satu warna tunggal pada setiap sisi kiub. Apabila teka-teki diselesaikan, setiap sisi kiub mempunyai satu warna tunggal.

Versi 3×3×3 yang asal meraikan hari ulang tahun ke-25nya pada tahun 2005 dengan sebuah kiub edisi khas dalam kotak peragaan. Ia menonjolkan sekeping pelekat logo "Kiub Rubik 1980-2005" di pusat sisi yang putih (yang digantikan dengan permukaan reflektif), dan tidak memberikan buku penyelesaian 1976. Pada asalnya digelar "Kiub Magik" oleh perekanya, kiub ini dinamai semula sebagai "Kiub Rubik" pada tahun 1980 dan disebarkan ke seluruh dunia pada Mei tahun yang sama. Kiub tersebut memenangi anugerah khas Spiel des Jahres untuk Teka-teki Terbaik dan dikatakan merupakan mainan terlaris di dunia, dengan sekitar 250 juta buah Kiub Rubik dan kiub-kiub tiruan dijual di seluruh dunia.





Aku dh jatuh cinta gn permainan ni..Coz aku minat matematik

Aku dalam proses untuk memantapkan skill aku..Aku nk lawan Mr Berg (Shahir) yg boleh selesaikan Kiub Rubik dlm masa x sampai 2 minit..

Berg..tlg ajar aku next step..He3

Kalo korang nk blajar selesaikan mende alah ni..usha je kt cni..

Tuesday, September 01, 2009

Lagu Baru Azlan & The Typewriter, Bunkface, Hujan, Bittersweet & Disagree


Hujan - Mencari Konklusi
Download Here

Disagree - Osaka Download Here

Bunkface - Prom Queen Download Here

Bittersweet - Ceritera Download Here

Azlan & The Typewriter - Kelibat Si Penyair Download Here

Lagu-lagu terbaru dari band-band indie tempatan..Enjoy it

Tuesday, August 25, 2009

Instrumental Raya


Raya menjelang tiba.. So mesti korang tgh sibuk cari lagu raya kan?

Aku pun dah lama x bagi link download kan?

Ape kata korang try dengar instrumental lagu-lagu raya ini..

Lagu lama dengan cara yang baru..Harap korang suka..TQ

Klik DI SINI untuk muatturun

Friday, August 21, 2009

Ramadhan tiba lagi.....


Dengan rahmat Tuhan Ramadhan tiba lagi
Ramadhan membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya
mahal dan besar-besar dari Tuhan
Hadiah buat orang bertaqwa
Bukan untuk orang yang zalim dan fasiq
Hadiah dari Tuhan yang bermacam-macam
Diletakkan di dalam batil-batil dari bahan-bahan yang mahal
Di antara hadiah-hadiah itu ialah:

1. hadiah keampunan Tuhan, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa

2. hadiah keredhaan-Nya juga mahal

3. kasih sayang-Nya yang sangat diperlukan

4. rahmat-Nya

5. berkat dari-Nya dunia Akhirat

6. diberi-Nya pahala berganda-ganda.

7. hadiah lailatul qadar diberi ganjaran seribu tahun beribadah.

8. akhirnya Syurga Tuhan yang kekal abadi.

Kedatangan Ramadhan yang sebenarnya bertukar-tukar hadiah di antara hamba-hamba dengan Tuhan
Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja
Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba
Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan
Siapa yang dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kepada Tuhan maka dapatlah hadiah dari Tuhan yang juga sangat mahalnya
Rupanya ketibaan Ramadhan pun bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan

Tidak semua hadiah hamba dibalas hadiah oleh Tuhan
Hadiah-hadiah yang mahal dari hamba sahaja yang balas hadiah oleh Tuhan seperti yang akan disebutkan
Wadah-wadah orang yang bertaqwa yang hendak diisi dengan hadiah-hadiah tadi ada pulangannya
Wadah-wadah itu banyak pula di antaranya:

1. Ada wadah puasa yang diisi dengan keinsafan, timbang rasa, kesabaran, rasa hamba Rasa lemah, lembut hati, lapang dada, bertolak ansur

2. Wadah sembahyang diisi dengan hadiah-hadiah rasa kehambaan, rasa dilihat, Rasa hina, rasa rendah diri, lembut hati, rasa harap, malu, rasa kerdil, tawadhuk, khusyuk, Gementar, takut, taubat, menyesal, takut dengan dosa di masa depan.

3. Wadah membaca Al Quran diisi dengan dapat ilmu, pengajaran, keinsafan, Terasa kebesaran Tuhan, terasa rahmat dan kasih sayang-Nya kepada insane, Hati tenang, bertambah takut dengan Tuhan dengki hilang

4. Wadah zikir seperti tasbih, tahmid, takbir diisikan dengan mensucikan Tuhan, Memuji Tuhan, membesarkan Tuhan, tawakkal, penyerahan diri kepada Tuhan, baik sangka

Membesarkan Akhirat, mudah dengan dunia, dunia tidak menyusahkan hatinya
Tenang dengan dunia, gelisah dengan Akhirat
Jika setiap wadah-wadah tadi dapat diisi dengan rasa-rasa yang telah disebutkan tadi
Orang bertaqwa sungguh dapat manghayati Ramadhan dengan akal fikiran, hati dan jiwa raganya
Roh Ramadhan menjadi roh kepada hatinya dan jiwanya
Roh di atas roh, jiwa di atas jiwa
Rohnya bercahaya dengan cahaya Ramadhan
Itulah orang bertaqwa
Orang bertaqwa sahaja yang pasti dapat hadiah yang besar
Kerana orang bertaqwa itu dapat membawa hadiah pula untuk Tuhan
Hadiah-menghadiah bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan
Sesiapa yang tidak dapat memberi hadiah di bulan Ramadhan kepada Tuhan
Seperti yang telah dinyatakan
Dia tidak akan dapat hadiah dari Tuhan
Sesiapa yang tidak dapat hadiah dari Tuhan sia-sia sahaja Ramadhan
Dia tidak dapat apa-apa kecuali dahaga, kelaparan, kehausan dan keletihan
Cuba kita fikirkan Ramadhan yang telah lama kita lalui
Adakah kita membawa hadiah-hadiah yang berharga kepada Tuhan?
Kita tentu dapat mengagak nilai hadiah yang kita anugerahkan kepada Tuhan
setiap Ramadhan bukan?
Apakah hadiah-hadiah kita itu Tuhan balas dengan hadiah yang telah disebutkan?
Semua soalan-soalan itu setiap orang boleh memberi jawapan
Berdasarkan ilmu pengetahuan seperti yang digambarkan
Sungguh susah hendak dapat hadiah dari Tuhan di bulan Ramadhan
Kerana bulan Ramadhan kita jadikan pesta minum dan makan
Pesta borak-borak dan bualan-bualan selepas sembahyang sebelum pulang
Bukan pesta mencapai hati dan jiwa takut dan cintakan Tuhan
Bulan Ramadhan sebenarnya adalah pesta rohaniah, pesta hati dan jiwa
Ramadhan bukan pesta lahiriah
Atau pesta syariat rohnya tidak ada...

Friday, August 14, 2009

Akhirnya.....





Alhamdulillah..Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..

Tahniah kepada semua graduan..

Terima kasih pensyarah-pensyarah, tutor-tutor, RA-RA
Terima kasih Akademi Pengajian Melayu
Terima kasih Universiti Malaya
Terima kasih kawan-kawan...
May God bless you all..

Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya


Pada hari ini (14 ogos 2009), pd jam 8 pagi, aku akan mengikuti istiadat konvokesyen di DTC UM..
Hasil penat lelah aku selama 3 tahun menimba ilmu di UM akan berakhir secara rasminya pada hari ini..
Aku telah menghabiskan pengajian Sarjana Muda Pengajian Melayu dgn CGPA (PNGK) 3.21..
Alhamdulillah..Semoga aku akan mencapai kejayaan yg berterusan..Aminnnnnn...

Monday, August 10, 2009

FA COMMUNITY SHIELD 2009

Gol pertama dari Carvalho yg menjadikan kedudukan 1-1

Rembatan Lampard yg menjadikan kedudukan 2-1

Tendangan penalti oleh Giggs berjaya diselamatkan oleh Cech

Tendangan penalti Kalou yg menyaksikan kemenangan The Blues

Chelsea 2-2 Man UTD (Chelsea menang melalui penalti 4-1)


Carlo Ancelotti bersama piala FA Community Shield yg berbentuk perisai (shield)

Sunday, August 09, 2009

Naiktaraf - Support Our Local Bands

Check Out my another blog at Support Our Local Bands...

This is my music's blog..its all about bands, music, gigs, and the music scene all around the world especially our country Malaysia..

I'll give the best review of bands and music scene in our beloved country and lets support our local music scene!!

Papadom

SINOPSIS

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka, Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rasa rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Mia sangka apabila dapat belajar di Kuala Lumpur, bapanya akan berubah sikap. Tetapi lain pula yang berlaku. Saadom sanggup menyamar menjadi tukang kebun di universiti tempat Mia belajar! Semuanya bersebab…. Setelah Mia berjaya dalam pelajaran, barulah Saadom rasa lega, lalu membiarkan Mia mencorakkan masa depannya sendiri.

Watak dan Pelakon

Saadom - Afdlin Shauki
Munirah - Noorkhiriah
Miasara - Liyana Jasmay
Yvonne - Chelsia Ng
Alan Tan - Pete Teo
Ali - Adam
Profesor Balqis - Vanidah Imran
Shasha - Scha
Hisham - Farid Kamil
Mat - Que Haidar
Hussin - Harun Salim Bachik

Filem ni merangkul Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 22..

Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay juga merangkul anugerah masing-masing iaitu Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik..

Filem ini juga merangkul 2 lagi anugerah iaitu Cerita Asal Terbaik (Afdlin Shauki) dan Skor Muzik Terbaik.

Afdlin Shauki juga berjaya menambah koleksi kejayaan peribadi melalui filem Los & Faun yang berjaya merangkul anugerah Filem Komedi Terbaik.. Tahniah!!

Filem ini akan ditayangkan di Pawagam di seluruh negara pada 08 Oktober 2009..

Saturday, August 08, 2009

Rahsia Keruntuhan Stadium Sultan Mizan

Sebelum Pertarungan Bermula

Ketika Pertarungan Berlangsung

Keadaan Stadium selepas Pertarungan

Inilah rahsia besar yang cuba disembunyikan oleh pihak tertentu..

Thursday, August 06, 2009

My Lovely Chelsea



Chelsea Football Club (dikenali sebagai The Blues atau The Pensioners) adalah merupakan sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di London barat. Ditubuhkan pada tahun 1905, kelab ini mengambil bahagian dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sangat dikenali dalam arena bola sepak England. Kelab ini mempunyai tempoh kejayaan yang panjang, salah satunya semasa era 1960an, awal 1970an, dan lewat 1990an sehinggalah ke hari ini. Kelab ini menjadi semakin terkenal sejak kebelakangan ini kerana keupayaannya memenangi pelbagai piala termasuk Piala komuniti, Piala Liga dan Piala FA. Chelsea FC juga berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak 2 kali berturut-turut di bawah kendalian Jose Morinho iaitu pada tahun 2005 dan 2006. Chelsea telah memenangi tiga kejuaraan liga, lima Piala FA dan dua Piala Juara-juara UEFA.

Kejayaan Chelsea FC

Peringkat England (Britain)

First Division/Premier League
Champions (3): 1954–55, 2004–05, 2005–06
Runner-up (3): 2003–04, 2006–07, 2007–08

Second Division
Champions (2): 1983–84, 1988–89
Runner-up (5): 1906–07, 1911–12, 1929–30, 1962–63, 1976–77

FA Cup
Winners (5): 1970, 1997, 2000, 2007, 2009
Runner-up (4): 1915, 1967, 1994, 2002

League Cup
Winners (4): 1965, 1998, 2005, 2007
Runner-up (2): 1972, 2008

FA Charity Shield/FA Community Shield
Winners (4): 1955, 2000, 2005, 2009
Runner-up (4): 1970, 1997, 2006, 2007

Full Members Cup
Winners (2): 1986, 1990

Peringkat Eropah

UEFA Champions League
Runner-up (1): 2008

UEFA Cup Winners' Cup
Winners (2): 1971, 1998

UEFA Super Cup
Winners (1): 1998

Windows versi China

Teka-teki Matematik Tahap Gaban

Abu nk beli kasut yg berharga RM97 tapi die xde duit..
So, die pnjam Rm50 from his mom and another RM50 from his dad..
Now, he got Rm100..Then He buy the kasut wid the money n baki yg ader kt tangan die adalah RM3..am i rite?
So, dgn baki 2 la die bayar RM1 utk his mom n RM1 utk his dad..So kt tgn die ader lagi RM1..
Hutang Abu gn mom n dad die now just tinggal RM98 coz die dh byr RM1 setiap seorang which mean RM50 - RM1 = RM49 n Rm49 + RM49 = RM98..
Masalahnyer jika cmpurkan sume duit2 ini (RM98 +RM1 = RM99)..
Mana pergi lagi RM1? sedangkan jumlah awal adalah RM100..

Dlm btk angka-

RM50 (pinjam dari mak) + RM50 (pnjam dari ayah) = RM100
RM100 - RM97 (harga kasut) = RM3 (baki)
RM3 - RM1 (utk mak) - RM1 (utk ayah) = RM1 (baki di tgn Abu)

Hutang Abu skrg adlah RM49 (hutang gn mak) + RM49 (hutang gn ayah) = RM98
RM98 (jumlah hutang yg tinggal) + RM1 (baki di tangan Abu) = RM99
Mana lagi RM1????

Saturday, August 01, 2009

Lawak Sempoi

Bapak Yang Sempoi

Beckham bertanya kepada bapanya...

Beckham: pak, betul ke make love tu best?
Bapak: haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!

Beckham: tapi betul ke org pompuan lagi rasa best?
Bapak: kalo kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?

Beckham: tapi kenapa org pompuan tak suka diperkosa?
Bapak: kalo kamu jalan2, tetiba ada org nak korek hidung kamu...
kamu suka tak?!

Beckham: betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?
Bapak: kalo hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?!

Beckham: kenapa org lelaki tak suka buat tu pakai kondom?
Bapak: kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?!

Beckham: waaahhh... bapak ni pandailah!
bapak : :-)

Penculik Yang Sempoi

Rizal telah menerima panggilan telefon dari seorang yang tidak dia kenali..

Penculik: Saya telah menculik anak kamu! Kalau kamu mahu dia selamat, serahkan wang tebusan sebanyak RM1,000,000.00 sekarang juga.

Dengan ragu-ragu Rizal menjawab.

Rizal: Tapi encik, saya belum ada anak. Kahwin pun belum lagi.

Penculik: Kalau macam tu, kamu siasat anak siap yang telah saya culik, dan wang tebusannya kita kongsi dua.

Jawap penculik tanpa rasa bersalah.

Anak Yang Sempoi

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.

Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.

"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."