Sunday, September 13, 2009

Kiub Rubik


Kiub Rubik ialah sebuah mainan teka-teki mekanik yang dicipta pada tahun 1974 oleh ErnÅ‘ Rubik, pengarca dan profesor senibina Hungary. Kiub plastik ini boleh didapati dalam empat versi: "Kiub Poket" (2×2×2) , Kiub Piawai (3×3×3), "Dendam Rubik" (4×4×4), dan "Kiub Professor" (5×5×5). Sebuah syarikat yang lain sedang mencipta kiub-kiub sehingga peringkat 11×11×11 yang masih dapat dimainkan dengan pantas, berbanding dengan kiub-kiub Rubik yang tidak sesuai untuk dimainkan selain daripada peringkat 3×3×3 kerana mudah pecah, sebagaimana yang dinasihati oleh syarikat asli.

Versi 3×3×3 yang merupakan versi yang dirujuk dengan istilah "Kiub Rubik" mempunyai 27 unit kuib dan sembilan buah segi empat sama pada setiap sisi untuk memberikan 54 buah segi empat sama pada keseluruhannya kepada enam sisinya. Biasanya, permukaan kiub dilitupi oleh pelekat dalam enam warna tunggal, dengan satu warna tunggal pada setiap sisi kiub. Apabila teka-teki diselesaikan, setiap sisi kiub mempunyai satu warna tunggal.

Versi 3×3×3 yang asal meraikan hari ulang tahun ke-25nya pada tahun 2005 dengan sebuah kiub edisi khas dalam kotak peragaan. Ia menonjolkan sekeping pelekat logo "Kiub Rubik 1980-2005" di pusat sisi yang putih (yang digantikan dengan permukaan reflektif), dan tidak memberikan buku penyelesaian 1976. Pada asalnya digelar "Kiub Magik" oleh perekanya, kiub ini dinamai semula sebagai "Kiub Rubik" pada tahun 1980 dan disebarkan ke seluruh dunia pada Mei tahun yang sama. Kiub tersebut memenangi anugerah khas Spiel des Jahres untuk Teka-teki Terbaik dan dikatakan merupakan mainan terlaris di dunia, dengan sekitar 250 juta buah Kiub Rubik dan kiub-kiub tiruan dijual di seluruh dunia.





Aku dh jatuh cinta gn permainan ni..Coz aku minat matematik

Aku dalam proses untuk memantapkan skill aku..Aku nk lawan Mr Berg (Shahir) yg boleh selesaikan Kiub Rubik dlm masa x sampai 2 minit..

Berg..tlg ajar aku next step..He3

Kalo korang nk blajar selesaikan mende alah ni..usha je kt cni..

No comments: