Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Wednesday, May 12, 2010

Kami Minta Program AF Dihentikan.. Pandangan Umum.


BUKAN pertama kali mufti bersuara memberi nasihat agar program realiti dihentikan. Alasan mereka, program hiburan berbentuk realiti televisyen bertentangan dengan nilai dan hukum agama serta menggalak rakyat membazir, selain menjurus ke arah berlakunya maksiat.

Monday, May 10, 2010

The EPL Title Winner - The Blues..








Congratulations to Chelsea on an amazing 8-0 win against Wigan Athletic as they removed any doubts on the final day of the season whether they were worthy Premier League champions or not. They are.

Saturday, April 03, 2010

Din Beramboi Dalam Kenangan (1966-2010)

Perginya ikon komedi tanah air..

Al-Fatihah...

Monday, March 15, 2010

Filem Kita


Filem cereka (cerita rekaan) lazimnya mengambil masa tayangan lebih kurang 90 minit dan kebanyakannya ditayangkan di pawagam atau dewan tertentu yang dapat memuatkan ramai penonton. Sejarah filem Malaysia (dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya) bermula seawal tahun 1920 di mana beberapa buah filem dokumentari telah diterbitkan. Namun sejarah filem cereka hanya bermula pada tahun 1933 di mana filem Laila Majnun berjaya diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical. Filem arahan pengarah dari India, BS Rajhans itu berdasarkan hikayat cinta dari timur tengah di mana pelakon bangsawan M. Suki memegang peranan sebagai Majnun. Sejak itu pembikinan filem cereka telah berkembang pesat dengan kemasukan penerbit bersaudara Shaw dari China. Kegiatan perfileman ketika itu berpusat di Singapura.
__________________________________________________

Friday, February 19, 2010

Konsep Cinta Sebenar


“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta ditanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________

Friday, February 05, 2010

Tanggungjawab Baru

Errr..
Boleh ke aku pikul tanggungjawab ni?

Tanggungjawab besar..
Demi agama, bangsa, negara dan poket aku..
Mampukah aku?

Pengorbanan mesti dilakukan..
Aku mesti pilih salah 1 dalam 2 opsyen yang aku miliki..

dan akhirnya...

Aku memilih untuk pergi ke opsyen kedua..


GSTT...


PACIFIC STRUCTURES SDN BHD (8 January till 5 February 2010)
SMK SRI PERMATA (8 February till ?)

Sunday, January 31, 2010

Warkah

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada..

Tuesday, January 19, 2010

Crows Zero Film & OST (Download Link)

Aku pernah kongsi pasal 1 filem Jepun yang aku tonton iaitu Crows Zero 1 & 2.. So now aku nk bagi link untuk korang download n tgk sendiri movie gempak ni..

Crows Zero

Phase 1 Download
Phase 2 Download
Phase 3 Download
Phase 4 Download

Crows Zero 2

Phase 1 Download
Phase 2 Download
Phase 3 Download

Alang2 dh bagi link, aku bagi skali link untuk download OST (soundtrack) filem ni coz lagu2 dlm filem ni mmg gempak.. Sesuai utk org jiwa keras cam aku n org jiwa lembut (pun mcm aku)...

Crows Zero OST Download
Crows Zero 2 OST Download

So enjoy this film n the OST...TQ

Monday, January 04, 2010

Aku Penganggur...


Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Tuesday, December 22, 2009

Piring Hitam - Cerita Semasa Kecil & Afdlin Shauki - Mia Sara (OST Papadom)


Cerita Semasa Kecil ( A Song For Sarah) from Papadom Movie

Saya suka seorang budak nama dia Sarah
Dia suka makan aiskrim comot, comot
Tapi, Sarah comel sangat
Hari-hari Sarah tunggu saya balik sekolah
Kalau Sarah tunggu bawa aiskrim dua
Saya, sayang Sarah sangat

Biarkanlah (biarkanlah)... biarkan la a a a a~ biarkan lah (biarkanlah)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah..)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah)
biarkan Sarah a a a a~

Bila petang-petang kita main dekat padang
Sarah suka tolak jatuh dan tersungkur
Tapi, saya sayang Sarah
Bila besar nanti saya nak kahwin dengan Sarah
Mama Sarah baik suka pujuk saya
Sebab, mama saya garang

Biarkanlah (biarkanlah)... biarkan la a a a a~ biarkan lah (biarkanlah)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah..)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah)
biarkan Sarah a a a a~

Kalau Sarah takde lagi dalam dunia saya
Saya suka tunggu Sarah dekat kubur
Saya, rindu Sarah sangat

Biarkanlah (biarkanlah)... biarkan la a a a a~ biarkan lah (biarkanlah)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah..)
biarkan lah a a a a~h biarkanlah (biarkanlah)
biarkan Sarah a a a a~

Piring Hitam - Cerita Semasa Kecil (OST Papadom) download HERE
Afdlin Shauki - Mia Sara (OST Papadom) download HERE

Miasara
waktu pagi kau sinari hidup ini
bangun papa bangun mami
kau sebut di telinga kami
satu hari kau kan pergi
tinggal kami bersendiri
walau apa kan terjadi
kau tetap akan kami cintai

ohh.. miasara tidur lah
kamikan bersama mu
dibuai mimpi nan indah
dan doa papa dan mama mu
tidur lah miasara
tidur lah miasara
tidur lah

miasara
yang pertama anugerah terutama
senyuman mu belai jiwa
pengubat hati yang lara
tuhan lindungi permata
selamatkan sentiasa
dari duka di dunia
akan kita hadapi bersama
rambut mu mata mu bibir mu hati mu
senyum mu tawa mu di hatiku selalu

ohh.. miasara tidur lah
kasihani mama mu
kerana dia menunggu
untuk bersama bapa mu
tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah

tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah miasara
hooo.. tidurlah

Wednesday, December 16, 2009

Crows Zero 1 & 2


Fuhh..semalam aku lepak rumah boss aku (En Bunny).. Aku sempat layan movie aksi Jepun iaitu Crows Zero.. Movie ni kuar pada tahun 2007..Movie ni memang gempak..Cerita pasal perebutan kuasa di sebuah sekolah yang diberi nama Suzuran All-Boys High School..Aksi movie ni mmg masyuk..gaduh x ingat dunia..

Crows Zero 2 plak kisah bebudak sekolah ni gaduh gn bebudak sekolah lain iaitu sekolah Haosen.. Movie kedua ni lagi gempak..

Aku mls nk cite panjang, so korang tgk je la gmbr2 movie ni..









Saturday, December 12, 2009

I Had An Accident Last Nite

Aku yg menunggang Yamaha 125ZR DILANGGAR sebuah kereta Honda CIVIC V-Tec di Jln Kg Kerinchi.. Aku yg berada di lorong kanan dengan kelajuan hanya 60km/jam tiba2 dihimpit kereta yg menukar lorong secara membuta-tuli tanpa menyalakan signal..aku xsempat elak dan...Dummmm..!!!!

Tangan kanan aku cedera dan tidak dapat digerakkan sepenuhnya kesan dari luka teruk n bengkak yg wujud..Aku bertuah kerana tanganku tidak patah..

Helmet yg dipakaiku pecah di bahagian depan..Mujur aku pakai helmet..Kalau tidak kepalaku akan mengalami nasib seperti helmet ini..

Tuan punya kereta bertanggungjawab atas kejadian ini dan telah bersetuju untuk menanggung segala kos... TQ Carlos..Lu memang gentleman..

Saturday, December 05, 2009

Undian Kumpulan Piala Dunia 2010


Undian bagi menentukan kedudukan kumpulan Piala Dunia 2010 telah berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan.

Berikut merupakan senarai negara-negara yang layak ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2010:-

AFC (4) Australia, Japan, Korea DPR, Korea Republic

CAF (5+1) - Algeria, Cameroon, Côte d'Ivoire, Ghana, Nigeria, South Africa (tuan rumah)

CONCACAF (3) - Honduras, Mexico, United States

CONMEBOL (5) - Argentina, Brazil, Chile, Paraguay, Uruguay

OFC (1) - New Zealand

UEFA (13) - Denmark, England, France, Germany, Greece, Italy, Netherlands, Portugal, Serbia, Slovakia, Slovenia, Spain, Switzerland

Berikut merupakan keputusan akhir senarai kumpulan untuk Piala Dunia nanti:-

Group A - South Africa, Mexico, Uruguay, France

Group B - Argentina, Nigeria, Korea Republic (Korea Selatan), Greece

Group C - England, USA, Algeria, Slovenia

Group D - Germany, Australia, Serbia, Ghana

Group E - Netherlands, Denmark, Japan, Cameroon

Group F - Italy, Paraguay, Slovakia, New Zealand

Group G - Brazil, Korea DPR (Korea Utara), Côte d'Ivoire, Portugal

Group H - Spain, Switzerland, Honduras, Chile

Friday, December 04, 2009

Saman Oh Saman


Sepanjang bulan Oktober hingga November, aku berjaya mengumpul dua saman traffik yang berjumlah RM250.00 tunai..

Kesalahan pertama aku menunggang tanpa memakai topi keledar..ni aku kena kt Jln Kerinchi time blk dari main futsal lbh kurang kul 12 mlm..hu3

Kesalahan kedua aku adalah tiada cermin sisi kiri dan kanan..ni aku kena kt Taman Megah PJ time ushar sekolah yang menjadi tempat interview GSTT aku pada keesokan harinya..malang...

Thank god..aku dh setelkan semua saman aku semalam..he3

Kopak duit aku..hu3.. Terpaksa cancelkan hajat nk tukar fon SE K610i aku ke SE P1i

Kalo korang nk cek saman wid SMS, ni caranya..

1) Taip POLIS SAMAN I/C NO dan send ke DAPAT (32728)


ATAU

2) Taip POLIS SAMAN NO PLAT KENDERAAN KORANG dan send ke DAPAT
(32728)