Sunday, June 28, 2009

Kisah Dari Sebuah Bilik Darjah

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Moral: Jangan jadi guru Bahasa Melayu..he3

Tuesday, June 23, 2009

Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak (2009)

Track Listing
-------------
01.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Awal Ashaari
02.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Azhar Sulaiman
03.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Dynaz
04.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Farah AF2
05.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Fasha Sanda
06.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Ifa Raziah
07.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Mawi
08.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Misha Omar
09.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Sharifah Shahira
10.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Ziana Zain

Lawak...
Sesuai untuk mereka yang kemurungan..

Klik Di Sini untuk muatturun

Saturday, June 20, 2009

Tips Menghadiri Temuduga

Setiap kali mendapat surat panggilan temuduga, pasti ramai di antara kita yang susah hati. Persoalan yang bermain di dalam minda kita adalah bagaimana untuk bejaya di dalam temuduga tersebut. Apa yang perlu kita lakukan untuk memenangi hati penemuduga dan macam2 lagi. Di sini saya postkan beberapa tips (dipetik dari blog aeropama) yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang bakal menghadapi temuduga.


1. Banyakkan membaca

Ini adalah mandatori.Pelbagaikan bahan bacaan kau. Jangan kau tertumpu pada bahan bacaan berkaitan bidang pelajaran kau sahaja. Kau sangka penemuduga hanya akan bertanya tentang topik yang berkaitan dengan bidang yang kau pelajari. Tidak! Mereka mungkin bertanya tentang topik yang umum; barangkali tentang isu semasa, politik, ekonomi, alam sekitar, sastera, sejarah dunia dan apa-apa yang dirasakan patut untuk di tanya. Tujuannya mahu melihat adakah seseorang calon itu mempunyai pengetahuan dan berkemampuan untuk menjana idea yang bernas dan kreatif.


2. Sediakan apa yang patut

Sepatutnya bila saja kau dapat panggilan temuduga, perkara pertama yang kau harus tanya apa yang perlu kau bawa ketika temuduga. Ringankan sikit mulut kau untuk bertanya. Tak rugi pun. Tak adalah masa sesi temuduga, bila penemuduga minta dokumen-dokumen, kau gelabah memberi alasan itu ini sebab kau tak bawa dokumen yang diperlukan. Biasanya kau harus bawa sijil-sijil akademik kau yang original (lebih bagus kalau kau letakkan dalam satu fail), salinan resume dan juga gambar berukuran pasport. Kalau kau ada surat testimonial dari bekas majikan ataupun pensyarah kau, bawa sekali. Mungkin dapat membantu kau.


3. Etika berpakaian

Kau mahu pergi temuduga pakai jersi Manchester United, seluar jeans, kasut Snickers tak berstokin, rambut panjang tak bersikat, janggut dan misai tak terurus dan berbau tengik. Memang aku halau kau keluar kalau aku jadi interviewer kau. Come on lah beb. Kau tu lulusan universiti bukan pengemis. Pakailah kemeja, seluar slack, kasut hitam (siap digilap berkilat), tali leher, rambut tersisir rapi, janggut dan misai di cukur dan sembur sedikit minyak wangi di badan kau. Jangan lupa gosok pakaian kau. Kepada yang perempuan, janganlah pakai seksi-seksi. Baju jarang-jarang ataupun nampak pusat kau pakai, buah dada terbonjol macam nak terkeluar dari mangkuk coli kau tayangkan, skirt pendek sampai boleh nampak panties yang kau sarungkan. Ingat. Kau pergi temuduga. Bukan nak pergi cucuk langit. Aku sebagai penemuduga rasa senang hati melihat kau dan kau lebih yakin dengan diri kau sendiri.


4. Datang awal pada hari temuduga

Ini yang menjadi masalah utama rakyat Malaysia. Selalu datang lewat tak kira apa jenis majlis pun. Lewat ke kelas, lewat ke majlis kahwin, kadang-kadang tu pergi date pun lewat. Apa salahnya kau datang 15 minit lebih awal. Tak rugi pun. Bakal majikan akan lihat kau sebagai calon yang amat menepati masa dan berdisiplin. Kau boleh gunakan waktu yang ada untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling (ambil feel orang jawa kata) dan menenangkan diri kau.


5. Bersikap sopanlah

Beri salam dan senyum pada orang-orang di situ sebelum dan selepas temuduga. Kalau kau nampak, orang-orang di situ perlukan pertolongan, ringan-ringankanlah tulang untuk membantu. Mana tahu, salah seorang yang kau tolong itu adalah penemuduga kau nanti. Cerahlah peluang kau. Bila kau masuk ke bilik temuduga juga begitu. Beri salam dan senyum. Jangan lupa untuk berjabat tangan. Jika dia bukan muhrim kau, cukuplah sekadar tunduk sedikit sebagai tanda hormat. Duduk bila diberi izin untuk duduk atau kau minta izin untuk duduk.


6. Tenangkan diri kau

Jangan gugup. Penemuduga juga adalah manusia macam kau. Bukan raksasa mahupun alien yang nak makan kau. Duduk dengan tertib dan tegak. Anggap penemuduga kau tu sedang ber'bogel' tak pun macam kawan-kawan kau. Kadang-kadang aku anggap diri aku ni CEO syarikat tersebut dan mereka adalah pekerja-pekerja aku. Aku rasa lebih selesa dan berkeyakinan untuk melontarkan jawapan dan idea-idea aku ketika temuduga berjalan.

7. Bercakaplah dalam Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa. Kau tak mampu bertutur dan memahaminya, kau akan ketinggalan. Kalau kau pergi temuduga, kau akan gagal. Ini pasti kalau kau mahu bekeja dalam sektor swasta. Kerajaan aku tak tahulah. Kau tak perlu cakap Bahasa Inggeris dengan 'perfect grammar'. Cukuplah sekadar penemuduga faham apa yang kau cuba sampaikan. Yang penting kau yakin untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Itu yang dilihat oleh penemuduga. Aku nak bagi tahu kau, penemuduga tu pun bukan boleh cakap B.I dengan 'perfect grammar'. So kau tak perlu takut. Ingat! Jangan sekali-kali menjawab dalam Bahasa Melayu. Akibatnya, kau GAGAL.

8. Jual diri kau sehabis mungkin.

Kau harus jual diri kau. Tunjukkan apa keistimewaan yang kau boleh tawarkan pada mereka. Biasanya soalan pertama yang akan ditanya "Tell me about your self?" Budak darjah 6 pun boleh jawab. Kalau kau jawab macam budak darjah 6, kau GAGAL. Cukup sekadar kau beri nama kau, dari mana asal kau, berapa adik beradik kau dan kau anak yang keberapa. Di sini kau boleh jual diri kau. Aku bagi contoh, kalau kau anak yang pertama, kau boleh katakan yang kau dilahirkan sebagai pemimpin. Kau adalah pemimpin nombor 2 selepas ayah kau (kalau kau lelaki) ataupun kau boleh cakap keupayaan kau memimpin adik-adik kau yang nakal-nakal kat rumah tu. Tentang latar pendidikan kau; cukuplah kau beritahu tentang kelayakan akademik kau yang tertinggi. Kalau kau ada ijazah, beritahu ijazah apa dan dari mana kau perolehinya. Tak perlu melalut sampai ke UPSR. Kalau kau aktif dalam ko-kurikulum, nyatakan sekali. Apa jawatan yang kau pegang, apa kejayaan yang kau capai semasa menjawat jawatan tersebut dan apa yang kau pelajari semasa menjawat jawatan tersebut dalam membina sahsiah diri kau. Kalau kau ada pengalaman kerja part-time, jangan sekali-kali kau lupa ceritakan. Ini adalah kelebihan kau yang paling utama dan membuktikan kau berlainan dari calon-calon yang lain. Kau sudah terdedah kepada dunia pekerjaan lebih awal dan kau tahu selok beloknya. Ingat! Penemuduga mahu mencari keistimewaan dan kelainan dalam diri calon. Dan jangan lupa untuk kupas pengalaman kerja kau itu sedalam-dalamnya.

9. Follow-upIni amat penting.

Penemuduga juga manusia. Manusia mudah lupa. Lepas kau temuduga, rajin-rajinlah menelefon mereka untuk mengetahui status temuduga anda. Kau boleh lakukannya selang seminggu kau selesai temuduga. Come on guys, jangan kedekut untuk bazirkan kredit kau untuk buat follow-up. Sekadar 2-3 ringgit. Apalah sangat jika nak di bandingkan dengan 2-3 ribu ringgit sebulan yang bakal kau perolehi.


Selamat Mencuba!

Monday, May 25, 2009

Stereogram

Gambar Sesumpah

Gambar 2 ekor Dolphin (ikan lumba2)

Gambar Kuda


Kalau kamu renung betul2 pada gambar2 di atas, kamu akan terlihat imej 3D pada gambar tersebut..

Selamat Mencuba..

I Love Streogram..

Second Stage : Episode II


Alhamdulillah.. Aku dh daapat kerja sambilan kt JABATAN PERANGKAAN WILAYAH PERSEKUTUAN sebagai PEMBANTU PERANGKAAN..

Mungkin pd kebanyakan orang kerja ni hanya satu kerja yg low class but for me..ini merupakan satu langkah yg aku ambil utk memulakan satu episod baru dalam hidup aku - alam pekerjaan..Yang penting aku buat kerja HALAL..

So far byk benda yg aku pelajari n yg plg menarik bagi aku ialah isu BUDI BAHASA..
Isu ni sering dibahaskan oleh rakan2 sejawatan.. Tiap2 hari selalu terdengar rungutan tentang isu ini n menurut kefahaman dan pemerhatian aku, isu ni berkait dengan masalah DOUBLE-STANDARD..

Di sini juga aku dpt mengenali pelbagai golongan manusia tidak kira umur, latar belakang n pangkat..

Cukuplah setakat ni aku tulis buat masa ni..

Disebabkan masalah kelembapan liputan wireless kt umah aku, aku jarang berpeluang utk access internet n atas dasar itu aku mengalami kesukaran utk menulis di blog aku ini..

Terima Kasih daun keladi kpd pengunjung blog ini.. Sokongan anda amat saya hargai..TQ

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru



Tanggal 16 Mei..

Hari yg sgt bermakna kpd semua insan bergelar guru termasuklah my sis & my bro - Kak Dah, Kinah, Abg Raja, Kak Long, & Abgrie..

My Girl juga merupakan sorang guru in the making..coming soon..Insya Allah..

Sepanjang perjalan karier AHMAD BAIHAQI..
Ramai guru yg terlibat dlm pembikinan corak dan hala tuju karier ini..

Tanpa jasa2 kalian, aku mungkin tidak berjaya untuk berdiri seperti sekarang..

Bermula di Sek Keb Ayer Jernih, diteruskan di Sek Men Keb Sultan Ismail, dan berakhir di Universiti Malaya..(mungkin akan bersambung?..)

Aku betul2 bersyukur ditemukan dengan guru2 yg bertanggungjawab dan berjaya mendidikku..

Cikgu..

Bimbinglah aku..

Cikgu..
Didiklah aku..

Cikgu..
Ajarlah aku..

Cikgu..
Tegurlah aku..

Cikgu..
Nasihatilah aku..

Terima Kasih Cikgu.. Selamat Hari Guru..

Fakta Menarik Tentang Bola Sepak


  • Kelab bola sepak tertua di dunia ialah kelab bola sepak Sheffield FC yang ditubuhkan pada tahun 1857.
  • Jumlah penonton paling ramai yang menonton perlawanan bola sepak adalah seramai 199,854 penonton iaitu perlawanan Antara Brazil dan Uruguay dalam Piala Dunia 1950 di stadium Maracana Municipal Brazil.
  • Perlawanan bola sepak Piala Dunia yang pertama telah diadakan di Uruguay pada tahun 1930 yang disertai oleh 13 pasukan.
  • Lagenda bola sepak Brazil, Pele, telah menjaringkan 1200 gol dalam 1253 perlawanan.
  • FIFA telah ditubuhkan pada 21 mei 1904 oleh tujuh Negara Eropah iaitu Perancis, Denmark, Sweeden, Belanda, Belgium, Switzerland dan Sepanyol.
  • Senarai Pemain Termahal di Dunia
  1. Zinedine Zidane: Juventus ke Real Madrid - 45.62 million GBP (2001)
  2. Luis Figo: Barcelona ke Real Madrid - 37 mil (2000)
  3. Hernan Crespo: Parma ke Lazio - 35.5 mil (2000)
  4. Gianluigi Buffon: Parma ke Juventus - 32.6 mil (2001)
  5. Christian Vieri: Lazio ke Inter - 32 mil (1999)
  6. Shevchenko: AC Milan ke Chelsea - 30 million GBP (2006)
  7. Rio Ferdinand: Leeds ke Manchester United - 29.1 mil (2002)
  8. Gaizka Mendieta: Valencia ke Lazio - 29 mil (2001)
  9. Ronaldo: Inter ke Real Madrid - 28.49 mil (2002)
  10. Juan Sebastian Veron: Lazio ke Manchester United - 28.1 mil (2001)

My Blog got Award

The Interesting Blog Award

Awarded to the blacksahabat

Sunday, May 10, 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail

SMKSI merupakan sekolah yg plg hebat di daerah Kemaman kerana telah menjadi tempat aku menimba ilmu..he3
Aku rindu giler gn sekolah ni..hu3
Di sini la aku mendapat kawan2, ilmu, dan mula mengenal erti kehidupan..cewaahh

No. Kod : TEB 2025
Lokasi : Bandar
PPD/PKG/PPDK : PPD Kemaman
Jenis Bantuan : Kerajaan
Gred Sekolah : A
Keluasan Tanah : 24 Ekar
Sesi Persekolahan : Sesi Pagi Sahaja
Bilangan Guru : 138 orang
Staf Sokongan : 21 orang
Enrolmen Pelajar : 1717 orang
Tingkatan Tertinggi : Tingkatan 6
Berasrama : Asrama Harian (lelaki & perempuan)
Sejarah Penubuhan SMK. Sultan Ismail
1954 – Sekolah ini di tubuhkan dengan nama “Sultan Ismail Primary School.
1955 – Dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Sir Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Zainal Abidin.
1958 – Sekolah Menengah mula di tubuhkan (Merupakan sekolah menengah pertama di daerah Kemaman)
1964 – Pentabiran Menengah dan Rendah dipisahkan ( En. P. Ganapathy, Guru Besar pertama Bahagian Menengah)

Selamat Hari Ibu


Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
ikhlas dari hati hanya untuk mu
aku lah anak mu, anak mu yang selalu
memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
walau ku jauh disiniku harap kau terus
menanti kepulangan ku tuk menemani
mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
punyai pari-pari iaitu kamu
ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
walau ku jauh disiniku harap kau terus
menanti kepulangan ku tuk menemani
mu hingga ke akhir nanti, aku janji


My Lovely IBU - Shukriyah BT Haji Mohamed


Saturday, May 09, 2009

TEMUDUGA TERBUKA DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:

1) PEGAWAI TADBIR KONTRAK

SYARAT : Ijazah Sarjana Muda

TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009

BAYARAN : RM2,000 Sebulan

KEKOSONGAN : 370 Kekosongan

2) PENOLONG PEGAWAI TADBIR KONTRAK

SYARAT : Diploma / STPM

TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009

BAYARAN : RM1,600 Sebulan

KEKOSONGAN : 214 Kekosongan

3) PEMBANTU TADBIR KONTRAK

SYARAT : SPM

TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009

BAYARAN : RM1,200 Sebulan

KEKOSONGAN : 217 Kekosongan

BUTIR-BUTIR TEMUDUGA TERBUKA :

TARIKH : 12, 13 & 14 Mei 2009

MASA PENDAFTARAN : 8.30 Pagi - 1.00 Tengahari

MASA TEMUDUGA : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

TEMPAT : SMK PRESINT 18, JALAN P.18A, PRESINT 18, 62150 PUTRAJAYA.

Friday, May 08, 2009

Petua Mr Bai

1) Answer the phone by LEFT ear

2) Do not drink coffee TWICE a day

3) Do not take pills with COOL water

4) Do not have HUGE meals after 5pm

5) Reduce the amount of OILY food you consume

6) Drink more WATER in the morning, less at night

7) Keep your distance from handphone CHARGERS

8) Do not use headphones/earphone for LONG period of time

9) Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning

10) Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping

11) When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Wednesday, May 06, 2009

Hujan vs Meet Uncle Hussain




Closing for AIM ke 16..Gempak..Enjoy this vid..

The Flying Pickets - Only You


The Flying Pickets ni merupakan sebuah band vokal capella british yg terkenal sekitar 80an.. Aku suka gn lagu Only You ni..mmg evergreen..yg plg best lagu ni x menggunakan instrument muzik langsung..hanya gne vokal..

Hayatilah lirik lagu ni..

Looking from a window above
It's like a story of love
Can you hear me
Came back only yesterday
We're moving farther away
Want you near me
All I needed was the love you gave
All I needed for another day
And all I ever knew
Only you

Sometimes when I
think of your name
When it's only a game
And I need you
Listening to the
words that you say

It's getting harder to stay
When I see you
All I needed was the love you gave
All I needed for another day
And all I ever knew
Only you

All I needed was the love you gave
All I needed for another day
And all I ever knew
Only you

This is gonna take a long time
And I wonder what's mine
Can't take no more
Wonder if you'll understand
It's just the touch of your hand
Behind the closed door

All I needed was the love you gave
All I needed for another day
And all I ever knew
Only you


Download This Song Here

Monday, May 04, 2009

Second Stage

Start Engine..
Get Set...Go!!!!!

Dah abis study.....
Kene cari kje pulak..

But for now...
Aku nk release tension dulu..

Aku rse exam sem ni cm the worst exam in my life...
Hope xde paper kantoi..

Kepada member2 UM..
TQ for the KENANGAN...

Tutup buku lme...
Bukak buku baru..

I'm not a student anymore!!!!!!!!!!!!!!