Tuesday, March 31, 2009

Info Tentang Kad Pengenalan

Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN
Sumber: JPN

Johor 01,21,22,23,24
Kedah 02, 25, 26, 27
Kelantan 03, 28, 29
Melaka 04, 30
Negeri Sembilan 05, 31,59
Pahang 06, 32, 33
Pulau Pinang 07, 34, 35
Perak 08, 36, 37, 38, 39
Perlis 09, 40
Selangor 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu 11, 45, 46
Sabah 12, 47, 48, 49
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Negeri Tidak Diketahui 82

Sunday, March 29, 2009

Tips Memilih Kemeja Untuk Lelaki


Kemeja bukan hanya sekadar sehelai pakaian harian yang biasa. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal. Namun tak ramai di antara kita tahu memilih kemeja sesuai untuk aktiviti harian di pejabat. Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai kemeja. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tips berikut membantu kita semua memilih sehelai kemeja yang tepat.

1. Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar.Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.

2. Manset (cuff)
Penting untuk anda tahu manset atau cuff pada sehelai kemeja.Terdapat dua jenis cuff yang biasa dipakai iaitu French cuff dan Barrel cuff. Bagi kemeja French cuff, memerlukan pemakai menggunakan kafling pelbagai bentuk yang dimasukkan ke dalam lubang butang pada pergelangan lengan kemeja. Manakala Barrel cuff telah diletakkan butang pada pergelangan lengan kemeja. Kemeja jenis ini yang paling biasa di pakai untuk ke pejabat.

3. Fabrik
Setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan kualitinya dan dapat mencipta tekstur. Anda perlu tahu memilih fabrik kemeja yang bersesuaian dengan keadaan cuaca setempat. Fabrik kapas adalah paling sesuai untuk cuaca panas. Kini fabrik campuran kapas dan fiber sintetik (polister, rayon dan nilon) semakin popular. Anda juga perlu tahu, setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan sama ada ia sesuai untuk pemakaian formal atau tidak. Kapas antara fabrik paling sesuai untuk kemeja formal. Mengetahui jenis-jenis fabrik ini membolehkan kamu membuat pilihan yang betul sesuai dengan gaya hidup.

4. Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti Windowpane dan Pastel.

5. Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Kita boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.

6. Saiz
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.

For My Friend

Do you know what is a best friend?
a best friend is a secret sharer,
a best friend is a great consultant,
a best friend is a comfort giver,
a best friend is like a diamond.
a best friend is always care,
a best friend is always share,
a best friend makes you smile,
a best friend is loving, caring, sweet and true
a best friend is someone just like you.
Thanks for being my best friend for my lifetime.

A Hero for the Day

Mahathir vs Barack Obama




Two man who has a great power..

They can change the world!!

'With great power comes great responsibility'

-The best man win-

Saturday, March 28, 2009

My All Time Favourite Movies


Filem...Semua org ader filem kegemaran mereka.. Aku pun xterkecuali..

Aku nk kongsi pasal filem yg menjadi kegilaan aku sejak bangku sekolah smpai skg.

Filem ini merupkan sebuah filem aksi bertemakan kehidupan kongsi gelap..

Filem yg dimaksudkan ialah Young And Dangerous..

Filem ini walaupun secara umumnya menceritakan ttg kehidupan kongsi gelap yg selalu bergaduh n berebut kawasan, namun ia menyelitkan unsur-unsur semangat setiakawan yang mana menjadi pegangan asas hidup aku..

Kepada sesiapa yg xpernah menonton filem ini.. Anda harus yakinkan diri anda untuk menonton filem ini

Young And Dangerous (Series Collections)


Young And Dangerous (1996)




Young And Dangerous 2 (1996)



Young And Dangerous 3 (1996)




Young And Dangerous 4 (1997)



Young And Dangerous 5 (1998)



Portland Street Blues (1998)



Young And Dangerous: The Prequel (1998)



The Lagendary 'Tai Fei' (1999)



Those Were The Days.. (2000)



Born To Be King (2000)



Goodbye Mr Cool (2001)

Sumber - Young And Dangerous Series at Wikipedia

Thursday, March 26, 2009

You're In Love when.....

SIXTEEN:
When you're on the phone with them late at night and they hang up, you still miss them even when it was just two minutes ago.

FIFTEEN:
You read their Texts and Ims Over and over again.

FOURTEEN:
You walk really slow when you're with them.

THIRTEEN:
You feel shy whenever they're around.

ELEVEN:
When you think about them, your heart beats faster but slower at the same time.

TEN:
You smile when you hear their voice.

NINE:
When you look at them, you can't see the other people around you, you just see him/her.

EIGHT:
You start listening to slow songs while thinking about them.

SEVEN:
They're all you think about.

SIX:
You get high just from their scent.

FIVE:
You relize you're always smiling when you're looking at them.

FOUR:
You would do anything for them, just to see them.

THREE:
While reading this, there was one person on your mind this whole time.

TWO:
You were so busy thinking about that person, you didnt notice number twelve was missing

ONE:
You just scrolled up to check & are now silently laughing at yourself.


NOW MAKE A WISH. YOU KNOW YOU WANT TO.......

My Baby

My New Blog..

Check it out now!!!

-Here-

Saturday, March 21, 2009

Pengubahsuaian & Pembaharuan



Aku 'ter'ubahsuai blog aku..Tanpa disengajakan sebenarnya..

Harap semua orang dapat memberi maklum balas dan sokongan..

Aku akan pertingkatkan mutu kandungan dan pengisian blog aku...

Aku lakukan untuk kepuasan semua pihak dan aku akan cuba buat yang terbaik untuk kalian..

Aku sedang berusaha untuk mendapatkan pelbagai maklumat, pautan, dan akan cuba meng'upload' seberapa banyak lagu@album untuk kalian..

Aku akan menambahkan lagi info-info yang berguna untuk panduan kalian..

Aku berterima kasih kepada semua pelayar internet yang sudi singgah di blog aku (walaupun ada yang tak disengajakan) kerana secara tidak langsung telah meningkatkan rating (kedudukan) blog aku..

Aku juga berterima kasih kepada semua blogger yang sudi memberi teguran dan kritikan kerana segala teguran dan kritikan kalian telah menjadi pemangkin untuk aku..

Tidak lupa juga kepada teman-teman yang sudi memberi pendapat, idea, ilham, dan 'point' kepada aku untuk diterjemahkan dalam tulisan di blog ini..

Aku juga akan cuba untuk memperkayakan bahasa ibunda di blog aku sebagai satu langkah untuk memartabatkan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu.

Sekian..
Terima kasih kerana mengunjungi THEBLACKSAHABAT.

Wednesday, March 18, 2009

Lagu baru Bunkface & Bittersweet


Bunkface - Revolusi

Klik Here





Bittersweet - Four Years Of Sing And Shout

Klik Here

Keunikan Pemain Bola Sepak

1. Pemain yang paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - Perancis
2. Pemain yang paling suka makan lepat = Frank Lampard - England
3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal
4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari
5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana
6. Pemain yang juga kawan baik Batman = Robinho - Brazil & Robin Van Persie - Belanda
7. Pemain yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro
8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Emmanuel Adebayor - Togo
9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina
10. Pemain yang paling manis = Maniche - Portugal
11. Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Itali
12. Pemain yang paling bermutu = Adrian Mutu - Romania
13. Pemain yang mendapat restu keluarga = Rustu Recber - Turki
14. Pemain yang selalu 'drop' (jatuhkan) bola = Didier Drogba - Ivory Coast
15. Pemain yang disabitkan dengan kumpulan militan = Gabriel Milito - Argentina
16. Pemain yang paling baik = Eidur Gudjohnsen - Iceland
17. Pemain yang menggalas tanggungjawab - William Gallas - Perancis
18. Pemain yang merupakan penebang balak = Michael Ballack - Jerman
19. Pemain yang suka cakap berbelit = Juliano Belletti - Brazil
20. Pemain yang beraneka ragam = Nicolas Anelka - Perancis
21. Pemain yang meminati rancangan Deko Bersama Eric = Deco - Portugal
22. Pemain yang suka menggigit = Ryan Giggs - Wales
23. Pemain yang mengalami krisis identiti = Nani - Portugal

Kenali Futsal

Pengenalan

Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan.

Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, ana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.


Sejarah

Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.

Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984.

Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.

Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park, California.


Gelanggang futsal

• Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola baling dan boleh disesuaikan.

• Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput sintetik, alas sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan.


Bola Futsal

• Dibuat dari kulit atau bahan sintetik
• Size 4 untuk dewasa
• Size 3 untuk junior
• Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gms.
• Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.


Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)

• Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat daripada bahan getah supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat.
• Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut.
• Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.
• Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah.

Peraturan dan Undang-undang Asas

• Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30%
• 5 pemain
• Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying”
• Sepakan ke dalam
• Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama
• Masa dijaga oleh penjaga masa
• 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap pasukan setiap separuh masa
• Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw)
• Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel melunjur (shoulder charges or sliding tackle)
• Peraturan 4 saat untuk mula main
• 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan “wall”
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk dengan kepala atau dada.
• Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan.
• Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi.

Tuesday, March 17, 2009

Pemakaian dan Nilai Tudung

Atas saranan dan permintaan dari beberapa pihak untuk aku mengetengahkan topik ini, maka aku akan penuhinya. Aku ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Ben's Bitches - Mamak Conspiracy (Full Album)


1. Ben's Bitches - Tensyen (1:45)
2. Ben's Bitches - Aku Suka Jolok (1:42)
3. Ben's Bitches - Awek Lu Fit (2:51)
4. Ben's Bitches - The Cha Cha Ska of Amber Chia (2:34)
5. Ben's Bitches - (You Make Me Wanna) Conform (1:41)
6. Ben's Bitches - Bangsar Must Burn (2:32)
7. Ben's Bitches - Ah Beng Emo Metal Love Song (1:18)
8. Ben's Bitches - Pensil Besar (3:27)
9. Ben's Bitches - Cialat (1:17)
10. Ben's Bitches - Happy (3:02)
11. Ben's Bitches - Mumbai Superstar (2:03)
12. Ben's Bitches - Kim Jong Ill (0:57)
13. Ben's Bitches - Juicy Enough For A Squeeze (1:45)
14. Ben's Bitches - Satan Wants A Cigarette (3:01)
15. Ben's Bitches - This Is Not A Black Metal Song (1:48)
16. Ben's Bitches - Girl From Ipoh (1:03)
17. Ben's Bitches - Meat In The Plastic Bag (1:16)
18. Ben's Bitches - Anyday With A Gig is a Good Day (3:40)

Mari klik DI SINI untuk muatturun album ini.

Thursday, March 12, 2009

Mulan Jameela - Makhluk Tuhan Paling Sexy (2008)

01 - Mahluk Tuhan Paling Sexy
02 - Jatuh Cinta Lagi
03 - Karena Aku Pacarmu
04 - Lagu Sedih
05 - Wonder Woman
06 - Musnah
07 - Bukannya Aku Takut
08 - Green Tinted Sixtied Mind
09 - Aku Cinta Kau Dan Dia
10 - Pertama

Klik Here For Download

Koleksi Album Linkin Park

Linkin Park merupakan sebuah band rock yang ditubuhkan pada tahun 1996 di Agoura Hills, California. Walaupun kebanyakan lagu2nya berentak Nu-Metal, Rapcore, n alternative rock, namun band ini lebih sinonim dgn experimental music.

Band Member

Chester Bennington - Vocal, Screaming
Rob Bourdon - Drum, Percussion
Brad Delson - Lead Guitar
Dave Farrel - Bass, backing vocal
Joseph Hahn - turntable, programming, samples
Mike Shinoda - MC, vocal, rhythm guitar, keyboard

Album-album Linkin Park

Xero (Demo EP) (Before became Linkin Park)

Hybrid Theory EP
(Before became Linkin Park)

Hybrid Theory Demo (Before became Linkin Park)

Hybrid Theory (2000)

Reanimation (2002)

In The End : Live & Rare EP (2002)

Underground V2.0 EP (2002)

Underground V3.0 EP (2003)

Meteora (2003)

Live In Texas (2003)


Collision Course (With Jay Z) (2004)

Underground V4.0 EP (2004)

Underground V5.0 EP (2005)


Underground V6.0 EP (2006)


Underground V7.0 EP (2007)

Minutes To Midnight (2007)

Road To Revolution (Live At Milton Keynes) (2008)

Song From The Underground EP (2008)

Underground V8.0 EP (2008)


Live From SoHo EP (2008)

*Instrumentals

*String Quartet Tribute To Meteora (2006 Released)

*Minutes To Midnight (Piano Instrumentals) (2009 Released)

*Fort Minor - The Rising Tied (2005) (Mike Shinoda's Hip Hop Side Project)

Monday, March 09, 2009

Festival APM 2009



Festival yg julung2 kali diadakan.. Diharapkan semua dapat menghadirkan diri kerana pelbagai aktiviti disediakan.. Sesuai utuk semua lapisan masyarakat dan semua kaum..TQ

Saturday, March 07, 2009

Avril Lavigne - Let Go



01 Losing Grip
02 Complicated
03 Sk8er Boi
04 I'm With You
05 Mobile
06 Unwanted
07 Tomorrow
08 Anything But Ordinary
09 Things I'll Never Say
10 My World
11 Nobody's Fool
12 Too Much To Ask
13 Naked

Klik Here For Download

Avril Lavigne - The Best Damn Thing [2007]



01 - Girlfriend.mp3 (5.8MB )
02 - I Can Do Better.mp3 (5.2MB )
03 - Runaway.mp3 (6.1MB )
04 - The Best Damn Thing.mp3 (5.1MB )
05 - When You're Gone.mp3 (6.4MB )
06 - Everything Back But You.mp3 (4.9MB )
07 - Hot.mp3 (5.4MB )
08 - Innocence.mp3 (6.2MB )
09 - I Don't Have To Try.mp3 (5.3MB )
10 - One Of Those Girls.mp3 (4.7MB )
11 - Contagious.mp3 (3.4MB )
12 - Keep Holding On.mp3 (9.2MB )

Klik Here For Download

Maaf

Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?

Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. 20 sebab telah dikenalpasti mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.

* Didatangkan Khas dari kotak emel aku. Kredit kepada pemilik asal artikel ini.


1 - PERASAAN KAMU
Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain.. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.


2 - LEBIH BERKEBOLEHAN
Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!


3 - MASA LALU
Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan ?


4 - MENJADI PERHATIAN
Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5 - MEMUTUSKAN CINTA
Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!


6 - BERKATA JUJUR
Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.Yang penting kamu berkata jujur dan berterus-terang tentang keadaan sebenar.Sudah tentu dia akan dpt memahami diri kamu sekiranya kamu jujur dari peringkat awal.


7 - BERTERUS TERANG
Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.


8 - TIDAK MENEPATI CITA RASA
Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.


9 - TERUS BERTANYA
Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.


10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT
Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.


11 - MASIH SOLO
Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.


12 - TENTANG KEGEMARAN
Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.


13 - BIJAK DAN AKTIF
Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa.. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.


14 - MEMINTA BANTUAN
Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!


15 - BUKAN BERPUNCA DARI KAMU
Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!


16 - PANDU BERHATI-HATI
Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ kamu itu.


17 - ORANG MENUDUH KAMU
Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.


18 - TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.


19 - TIDAK SAMA HALUAN
Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.


20 - DIPAKSA
Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.

Thursday, March 05, 2009

The Beatles - One (Compilation)




1. Love Me Do
2. From Me to You
3. She Loves You
4. I Want to Hold Your Hand
5. Can't Buy Me Love
6. Hard Day's Night
7. I Feel Fine
8. Eight Days a Week
9. Ticket to Ride
10. Help!
11. Yesterday
12. Day Tripper
13. We Can Work It Out
14. Paperback Writer
15. Yellow Submarine
16. Eleanor Rigby
17. Penny Lane
18. All You Need Is Love
19. Hello Goodbye
20. Lady Madonna
21. Hey Jude
22. Get Back
23. Ballad of John and Yoko
24. Something
25. Come Together
26. Let It Be
27. Long and Winding Road

Klik Here For Download

Faizal Tahir - Aku.Muzik.Kamu




01. Invitation
02. Batu & Golek
03. Kerna Kamu
04. Aku Punya Kamu
05. Sempurna
06. Cuba
07. Sampai Syurga
08. La Da Di Dum
09. Mungkin Ku Tak Bisa
10. Mestikah Ada Yang Lain
11. Mahakarya Cinta (Orchestra Version)
12. Sampai Syurga (Acoustic Version)
13. Gemuruh
14. Mahakarya Cinta

Klik Here For Download

Tuesday, March 03, 2009

Koleksi Album Siti Nurhaliza

Koleksi Album Dato' Siti Nurhaliza

Adiwarna

Hadiah Dari Hati

Siti Nurhaliza (1996)

Siti Nurhaliza 2 (1997)

Klasik

Prasasti Seni

Pancawarna

Transkripsi

Safa

Cindai

E.M.A.S

My Samsung World (Limited Compilation)

Sanggar Mustika

Konsert Istana Cinta

Live In Concert at Royal Albert hall


Sahmura

Lentera Timur Part 1, Part 2, Part 3

*Klik je pada tajuk album untuk download
*Kredit To Aida

Monday, March 02, 2009

Misteri Microsoft

Aku terjumpe 2 misteri yang sgt memeningkan aku tentang microsoft..

Misteri 1: Kat PC or laptop masing2, sila create new folder dan cuba namakan CON. Amacam? Boleh?

Misteri 2: Bukak microsoft word yang baru. Taip: =rand (200, 99) tekan enter Haaaaa kuar apa tu?

Kedua2 diatas adalah misteri dalam microsoft yg Bill Gates sendiri pun xboleh explain..
Aku sendiri pn xfhm nape jd cmni..hu3

15 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.

5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

12. Semua beruang kutub adalah kidal.

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

15. Hampir semua pembaca blog ini akan cuba untuk menjilat sikunya.
Anda bagaimana?

Hehehe..sekadar menghilangkan kebosanan..

MELAYU VS meLAYU

"Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsaku dijajah, tidak ada yang lebih menyedihkan dari melihat bangsaku kelam"

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.."