Friday, February 27, 2009

Malique - OK (Full Album)

Disc 1

01. Diam
02. Assalamualaikum
03. Mantera Beradu featuring M. Nasir
04. OK featuring Cat Fabuloso
05. Rasta Say
06. VVS1 featuring Chi Qa
07. Kau Yang Punya featuring Najwa
08. Pergi Jauh featuring Elvira
09. Jom Cerita Hantu
10. Khayal

Disc 2

01. Masih Khayal (Bangun) featuring Zaf
02. Dalam Aku Ada Hantu
03. Rahsia
04. Layu
05. Aku Di Kuala Lumpur
06. KL Streets featuring Lah
07. OK (Chill Money Remix) featuring DJ Fuzz
08. OK (Go DJ Remix) featuring Young Arif of KLG Sqwad
09. Kau Yang Punya (5 Mic Remix) featuring Najwa, Zaf, Lah and Elvira
10. Diam

*Untuk download, klik je pada DISC 1 @ 2

Women In My Life

Perempuan

Sejak dulu sampai skrg, ramai perempuan hadir dlm hidup aku- xkire la sebagai kawan, teman, awek, skandal, musuh, rakan sekelas, dll... Setiap seorang memberi makna yg besar..Setiap seorang berperanan dlm membantu aku untuk meneruskan perjuangan..

Perempuan

Satu kelebihan perempuan (pd pendapat aku) adalah mereka boleh menjadi tmpt berkongsi suka dan duka which mean mereka ni merupakan a good listener.. Dats why aku lebih suke berkongsi dgn teman2 wanita aku segala masalah aku.. kadang2 boleh meredakan dan kadang2 boleh menambahkan lagi bebanan..he3

Perempuan

Golongan yg sensitif (tapi bukan semua perempuan la).. Aku sendiri masih sedang belajar untuk memahami kaum hawa ini dgn lebih mendalam.. Aku xnk menyakiti hati mana2 perempuan dlm hidup aku.. Aku mahu disukai oleh semua.. Maksudku semua perempuan selesa mendampingiku..

Perempuan

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia di mana lelaki akan mendampingi wanita dan wanita secara normalnya akan mendampingi lelaki.. Sejak dari bangku sekolah aku telah didampingi ramai wanita yang boleh dikategorikan sebagai awek cun, menarik, cerdik, dan sebagainya.. Namun sudah menjadi lumrah setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan..
Sehinggakan kadang-kadang aku terfikir bahawa seolah-olah setiap pertemuan diwujudkan untuk berlakunya perpisahan...

Perempuan

Jika dihitung jumlah perempuan yang pernah atau sedang mengenaliku, memang cukup ramai...Sungguh ramai - xterkira jumlahnya.. Kalau aku nk senaraikan semua nama perempuan yg pernah hadir, muncul, wujud, terlintas dalam hidup aku, confirm smpai seminggu aku kena menaip..Cukup la sekadar aku menyebut beberapa nama perempuan yg mempunyai makna dlm hidup aku - teman...

Perempuan

Aida, BB, Sarah, Diana, Lieya, Maxa, Pa'a, Sol, Azah, Nora, Ecah, Syikin, Fatin, Farah, Huda, Ina, Along, Umi, Mimi, Siti, Nor, Shida, Zura, Dilla, Yana, Nana, Nisa, Baby, Lyana, Ika, Linda, Husna, Tini, Tina, Mekna, Dekna, Dayah, Kak Chik, Yaya, Dania, Wana, Yanti, Yati, Rina, Lisa, Jee, Jasmi, Zahidah, Masitah, Erni, Azie, Zaza, Zita, Lili, Ema, Husna, Raihan, Suhaila...-Sekadar menulis nama teman2 yg terlintas dlm fikiran aku skrg (ketika aku menaip)..

Perempuan

Aku lahir sebab perempuan, aku bahagia sebab perempuan, aku merana sebab perempuan, aku menipu sebab perempuan, aku tertipu sebab perempuan, aku berubah sebab perempuan, aku berani sebab perempuan, aku takut sebab perempuan, aku ceria sebab perempuan, aku murung sebab perempuan, aku mulia sebab perempuan, aku hina sebab perempuan, aku dapat ramai kawan sebab perempuan, aku hilang kawan sebab perempuan, aku berkorban sebab perempuan, aku jimat sebab perempuan, aku boros sebab perempuan, aku maju sebab perempuan, aku khayal sebab perempuan...

Perempuan

Aku sangat2 berterima kasih kepada semua perempuan yg hadir dlm hidup aku kerana tanpa anda semua mungkin aku bukan seperti aku sekarang.. Banyak yg aku pelajari dlm hidup aku.. Aku akan cuba menjadi yg terbaik untuk setiap perempuan yg aku sayang..TQ

Thursday, February 26, 2009

Aku dan Sahabat

Pandangan sahabat terhadap aku..

Senang didekati/easy going/peramah
Banyak cakap sebenarnya..he3

Laser/tidak berhati perut/kurang ajar
Bergantung kpd siapa yg bercakap dengan aku..

Baik
Mungkinkah?

Cerdik/pandai
Barangkali?

Gatal/playboy/sosial yg sgt teruk
I'm 22nd years old

Berlagak/Poyo
Persoalannya..siapa?

Pemurah/tidak kedekut
Rezeki dtg dari Allah..

Good looking
No komen....

Tepati masa/janji
I'm Mr Bai

Terburu-buru/gopoh/gelojoh
Salahkan kerja2 yg aku tanggung

Romantik/penyayang/caring
Hmm..Errr..Tanya EX2 aku..

Suka menipu
Bohong sunat..x slh kn?

Suka tertangguh
Aku anak Melayu

Smart/stylo/up to date
This Is what I call 'LIFESTLYE'

Kebudak-budakan/x matang
Are u sure bout that Lieya'?

Periang/suka wt lawak/lucu
Pengaruh raja lawak

Tahan maki
Terima kasih sahabat

Happy All The Time
Tuhan saja yg tahu..hu3

Suka berangan
Kejayaan dtg dari angan-angan+usaha

Rajin/Suka mengemas
Aku bukan tikus

Kaki bodek
Lagi bagus dari kaki bangku

Politic Thinking
I am Malaysian

Cakap besar
Ader org xfhm gn istilah 'bergurau'

*Semua ini hasil daripada fitnahan+umpatan+pujian yg aku selalu dgr ttg Ahmad Baihaqi

Wednesday, February 25, 2009

Sad Love Poem by Mr Bai

Why does it hurt so bad
to lose something I never had
To have these feelings and nothing to do
just sit around and wait for you
Why is it so hard to move on
knowing what we had is gone
Is there a place where happiness is
Even though there's still a fizz
In my soul when you are around
your name is a beautiful sound
Now all I can do is wonder
I lost it all in one little blunder
By not telling you how I really feel
trying to act like its no big deal
Now I know the nature of my errors
I just wish I could get rid of my cares
Yet I can't now my heart won't let me
get rid of a person who fills me with glee
Just by hearing her sweet name
Knowing my feelings are still the same
I must move on to a new life
Leaving behind my feelings and the strife
I am only human and I am weak
But for you there was a beautiful streak
I would do anything to repent the day
When you hung on my words waiting to say
What I really wanted from you
I chose the wrong words for an excuse
Now I am on a new track
I know now I can't have you back
No matter what I do or how I try
I have lost the apple of my eye

Sunday, February 22, 2009

Diet & Kesihatan Lelaki

Berikut Aku berikan tips untuk kesihatan khusus untuk Lelaki


1. Elak kencing manis: Kurangkan makanan tinggi gula seperti kek, roti serta minuman berkarbonat.

2. Kawal paras kolesterol: Paras kolesterol yang tinggi akan membuka peluang serangan jantung. Amalkan pengambilan makanan berserat seperti oat dan elakkan makanan tinggi kolesterol seperti lemak, daging serta kulit ayam.

3. Elak darah tinggi: Jauhkan makanan dengan kandungan garam yang tinggi.

4. Hadkan jumlah makanan: Elakkan pengambilan makanan berlebihan sehingga mengundang masalah berat badan dan seterusnya obesiti. Sebaliknya kamu wajar memperbanyakkan aktiviti senaman yang melibatkan aktiviti fizikal.

Muzik indie

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Muzik indie
(perkataan indie dipetik daripada perkataan Inggeris independent (bebas)) merujuk kepada sebilangan jenis muzik, persada muzik, subbudaya dan sifat stilistik dan kebudayaan yang disifatkan daripada persepsi kebebasan daripada muzik pop komersial dan budaya aliran utama serta pendekatan membuat hasil karya sendiri (do-it-youself/DIY) secara bebas.

Definisi Indie

Istilah "indie" sering digunakan untuk merujuk kepada sejenis bunyi yang disembahkan oleh seseorang pemuzik, tetapi jika ditafsirkan secara lebih literal, ini merupakan satu cara yang mana bunyi itu disembahkan atau dihasilkan. "Indie" lazimnya merujuk kepada seseorang artis atau kumpulan yang bukan sebahagian budaya aliran perdana (mainstream) dan/atau sebenarnya menghasilkan muzik di luar pengaruh aliran perdana. Meskipun muzik yang dihasilkan oleh artis-artis ini banyak berbeza, definasi "indie" tercetus daripada sifat "buat sendiri" (do-it-yourself/DIY) dan kemampuan untuk bekerja di luar naungan koperasi besar.

Indie bermaksud "bukan di bawah naungan label utama"

Salah satu erti perkataan "indie" yang paling ringkas dan lazim dipakai ialah bahawa pemuzik itu tidak terikat dengan mana-mana label rakaman yang utama (syarikat rakaman utama itu adalah seperti EMI, Universal Music, Sony BMG dan Warner Music).

Masalah dengan definasi ini ialah kekurangan korelasi antara kekomersialan atau kebebasan kreatif yang ditawar oleh label utama. Kebanyakan label bebas utama beroperasi mengikut prinsip niaga seperti label utama tersebut, dengan jabatan artis dan repertoire (A&R), bajet pemasaran dan kepentingan komersial yang membantu operasi perniagaan. Manakala, label utama sering mengekalkan artis berteraskan indie yang diberi kebebasan kreatif yang lebih besar dan menerima sanjungan para pengkritik.

Friday, February 20, 2009

Politik Dan Sahabat

Sesetengah sahabat kata aku ni suka berpolitik..Secara jujur aku mengaku, aku mmg suka mengambil tahu dan menganalisis ttg segala yg berlaku mutakhir ini terutamanya isu politik..

Sesetengah sahabat kata aku ni x istiqamah (xtetap pendirian) sebab kadang2 aku menulis ttg muzik, fesyen n skrg byk menulis ttg politik..Aku hanya menulis apa yg tersirat dlm fikirin ku..aku hanya menterjemahkan pemikiran aku..

Sesetengah sahabat dh condemn (kutuk) blog aku habis-habisan disebabkan tulisan dan luahan aku berkenaan isu politik semasa...Aku menyampaikan apa yg berlaku dan inilah yg selalu dilakukan oleh blogger..

Sesetengah sahabat kata aku ni bukan indie tapi hanya menggunakan istilah ini untuk mempromosikan blog aku.. Satu persoalan, sahabat ini faham atau tidak maksud INDEPENDENT..Buka kamus..

Sesetengah sahabat sering mencari kesalahan-kesalahan sahabat lain dan ini adalah lumrah kehidupan.. Aku faham..Susah untuk memuaskan hati semua pihak.. Pembaca ramai namun segala tulisan dan idea hanya dtg dr pemilik blog yg satu..

Sahabat,
Aku selalu mengambilkira setiap teguran dan kritikan dan setelah beberapa hari aku berfikir dan berkira-kira, aku telah mengambil keputusan untuk mengasingkan segala tulisan politic thinking dari blog ini ke blog yg lagi satu di wordpress..

Sahabat,
Aku berterima kasih kepada sahabat yg selalu memberi respon ke atas segala tulisanku, membuktikan bahawa blog aku selalu dikunjungi..=)
Untuk memenangi hati semua sahabat, aku telah mengambil keputusan di atas..

Namun,
Aku ingin menyatakan di sini, setiap penulis blog berhak menulis dan mengutarakan apa saja idea mereka di blog mereka.. Tiada siapa yg boleh menentukan kandungan blog individu lain..
Tapi aku tetap mengambilkira teguran kalian..

Terima Kasih Sahabat..

Thursday, February 19, 2009

Jadual Perlawanan Liga Juara2 UEFA

Tuesday, February 24, 2009
TimeHome
AwaySTAGEVENUE
19:45 UK Internazionale v Manchester United Round of 16 Giuseppe Meazza
19:45 UK Arsenal v AS Roma Round of 16 Emirates Stadium
19:45 UK Lyon v Barcelona Round of 16 Stade de Gerland
19:45 UK Atlético Madrid v FC Porto Round of 16 Vicente Calderon
Wednesday, February 25, 2009
TimeHome
AwaySTAGEVENUE
19:45 UK Chelsea v Juventus Round of 16 Stamford Bridge
19:45 UK Villarreal v Panathinaikos Round of 16 Estadio El Madrigal
19:45 UK Real Madrid v Liverpool Round of 16 Estadio Santiago Bernabéu
19:45 UK Sporting Lisbon v Bayern Munich Round of 16 Jose Alvalade
Tuesday, March 10, 2009
TimeHome
AwaySTAGEVENUE
19:45 UK Bayern Munich v Sporting Lisbon Round of 16 Allianz-Arena
19:45 UK Juventus v Chelsea Round of 16 Stadio Olimpico Grande Torino
19:45 UK Panathinaikos v Villarreal Round of 16 Athens Olympic Stadium
19:45 UK Liverpool v Real Madrid Round of 16 Anfield

Tips Kempiskan Perut Boroi

Perut boroi dan gendut memang mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:-

i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

iii) Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori sejam.

v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama seperti berkebun.

vi) Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kdua-dua makanan ini mengandungi serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.

Saturday, February 14, 2009

Man Kidal - Sentuhan Kidal


Gitar solo dari Otai Guitarist Malaysia-Man Kidal... Enjoy It!!

Klik je Di Sini